Hi! Welcome Back and Stay Tune! Individu Cuba Rasuah Sultan Johor Diminta Serah Diri – SPRM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Individu Cuba Rasuah Sultan Johor Diminta Serah Diri – SPRM

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh sehingga 12 malam ini kepada individu yang cuba merasuah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berhubung penganugerahan pingat untuk menyerah diri di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata jika ingkar, nama serta gambar individu itu akan didedahkan.

“Kami tahu dia masih berada dalam negara dan kami juga telah bekerjasama dengan pihak berkaitan menghalang atau menyekat beliau dari meninggalkan negara.

“Dia tahu kami sedang mencarinya dan kalau dia masih berdegil kami akan tahan beliau selepas tempoh yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SPRM di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan suruhanjaya itu susulan pertemuan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad dan pegawai kanan SPRM yang telah menghadap Sultan Ibrahim di ibu negara berhubung pendedahan yang dibuat baginda.

Pada 25 Mac lepas, Sultan Johor mendedahkan baginda menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu untuk mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara bagi mendapatkan gelaran ‘Tan Sri’ daripada Yang di-Pertuan Agong.

Mengenai keperluan sama ada SPRM perlu merakam kenyataan rasmi daripada Sultan Ibrahim, Azam berkata buat masa ini pihaknya menumpukan usaha untuk ‘mendapatkan’ individu terbabit terlebih dahulu.

“Baginda Sultan telah bagi maklumat dan kami perlu dapatkan individu ini dahulu untuk tindakan seterusnya,” katanya.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nOlROG

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.