Peng Soon-Liu Ying Ke Suku Akhir Terbuka India
BEREGU Badminton Negara, Chan Peng Soon (kanan) dan Goh Liu Ying (kiri).- Foto Rasul Azli Samad
KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying terus cemerlang apabila meneruskan kemaraan ke suku akhir badminton Terbuka India, sebentar tadi.
Pilihan keenam kejohanan itu mengetepikan cabaran beregu Indonesia, Edi Subaktiar-Gloria Emanuelle Widjaja 21-11, 21-19 dalam aksi pusingan kedua di Stadium Siri Fort, New Delhi.
Mengulas mengenai perlawanan itu, jurulatih beregu campuran negara, Chin Eei Hui, berkata keputusan yang menyaksikan Peng Soon-Liu Ying menang mudah di set pertama dan bergelut di set kedua sememangnya sudah dijangka disebabkan faktor angin di dalam stadium.
Situasi itu memainkan peranan bagi menentukan pemenang kerana pemain perlu bijak dan cepat menyesuaikan diri untuk mengawal pergerakan bulu tangkis.
“Apabila mereka tidak perlu melawan arah angin, ia akan menjadi mudah tetapi akan berlaku sebaliknya jika bertukar gelanggang,” katanya.
Kemenangan itu meletakkan Peng Soon-Liu Ying yang juga pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 berada di landasan tepat dalam misi mara ke final.
Mereka akan bertemu pemenang antara gandingan Korea Selatan, Kim Gi Jung-Shin Seung Chan dengan pasangan Denmark, Mathias Christiansen-Sara Thygesen bagi perebutan tempat ke separuh akhir, esok.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nnq6NV✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment