Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pandangan Awal: Kawasaki Ninja 650 Dan Z650 ABS – Pengendalian Seperti Motosikal 250 Cc, Kuasa 68 PS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pandangan Awal: Kawasaki Ninja 650 Dan Z650 ABS – Pengendalian Seperti Motosikal 250 Cc, Kuasa 68 PS

Beberapa tahun yang dulu, Kawasaki adalah antara pencetus naiknya semula gaya hidup bermotosikal kuasa tinggi di Malaysia dengan pengenalan model ER-6. Ia adalah sebuah model yang baik, dengan pakej harga yang menarik. Walaubagaimanapun, setelah sekian lama, model yang menggunakan enjin dua silinder selari 650 cc tersebut semakin tenggelam dengan ketibaan pelbagai lagi model jenama lain.

Untuk memastikan mereka tidak terus ketinggalan, Kawasaki kini memperkenalkan model gantian kepada ER6, dikenali sebagai Ninja 650 dan Z650 ABS 2017. Kedua-dua model baru ini menggunakan enjin sama – kapasiti masih lagi 650 cc, tetapi digelarkan oleh Kawasaki sebagai serba baru kerana banyak perubahan mekanikal dilakukan di dalamnya. Selain dua model ini, Kawasaki juga ada memperkenalkan dua lagi model lain iaitu Z900 dan Versys X-250 awal tahun ini.

Sebelum ini hanya sekadar pra tonton, Kawasaki Motors Malaysia (KMM) semalam menganjurkan satu sesi tunggang uji ringkas Ninja 650 dan Z650 2017 untuk wakil media, melibatkan perjalanan dari Nilai ke Morib dan berpatah balik. Ia bagi memberikan rasa awal terhadap dua motosikal baru ini dan mendapatkan maklum balas berkenannya.

Perkara pertama yang dapat dilihat pada dua model baru ini adalah ia menggunakan rekaan baru, lebih segar dan mengikuti konsep model lebih besar yang ada dalam barisan produk Kawasaki. Ninja 650 mendapat rekaan seperti yang digunakan pada model Ninja terkini termasuk ZX-10R, bersama pilihan skema warna hijau sama untuk model SE, manakala Z650 pula mendapat rekaan ‘Sugomi’ yang boleh dilihat diguna pada model seperti Z1000 dan Z900.

Pada bahagian belakang, hanya lampu LED yang digunakan sahaja berbeza di antara Ninja 650 dan Z650, di mana Ninja 650 menggunakan LED yang memberikan nyalaan berbentuk X manakala Z650 mempunyai nyalaan berbentuk Z. Ia cukup terang dan boleh dilihat jelas walaupun pada waktu siang.

Selain itu, pada bahagian struktur, dua motosikal ini turut menggunakan kerangka Trellis serta lengan ayun aluminium baru dan secara keseluruhannya, dari mata kasar nampak kecil sedikit berbanding ER6. Ukuran panjang, kelegaan dari jalan dan tinggi pelana kedua-dua motosikal ini adalah sama, iaitu 2,115 mm, 130 mm dan 790 mm tetapi lebar dan tinggi keseluruhannya berbeza kerana panel badan yang ada.

Bukan sekadar dari pandangan mata sahaja, dua motosikal ini memang terasa kecil, apatah lagi dengan tangki yang juga lebih kurus, dan terasa seperti sebuah model 250 cc apabila saya mula duduk di atasnya. Walaupun begitu, ia masih lagi selesa dan tidak terasa sempit. Cuma yang dirasa berbeza antara dua model ini adalah Ninja 650 mempunyai pemegang yang lebih lebar manakala Z650 lebih rapat.

Bagi saya, ia adalah menarik kerana melalui dua model ini, pengguna akan dapat menikmati kemudahan pengendalian serta kelincahan seperti sebuah motosikal 250, tetapi pakej kuasa datang daripada enjin 650 cc. Ia terbukti semasa sesi tunggang uji ini, di mana kedua-dua motosikal dirasakan cukup mudah untuk dikawal dan tidak memenatkan.

Menurut Kawasaki, perkara ini dapat dinikmati juga hasil daripada penggunaan lengan ayun aluminium baru dan kerangka Trellis yang mempunyai berat hanya 15 kg. Selain daripada itu, secara keseluruhan, motosikal ini juga lebih ringan berbanding ER-6 iaitu 193 kg bagi Ninja 650 dan 187 kg bagi Z650. Model ER-6f sebelum ini mempunyai berat 211 kg dan 196 kg bagi ER-6n.

Jalan yang kami lalui sepanjang hari tersebut bukanlah jalan yang akan dipilih oleh penunggang motosikal sport kerana pada banyak bahagian, terdapat sama permukaan yang mendap, ataupun sambungan jambatan yang lebih tinggi, dan boleh membuatkan anda melambung sekiranya terlalu laju.

Disebabkan itu, saya berpeluang untuk mengetahui bagaimana suspensi jenis teleskopik tidak boleh laras di hadapan dan monoshock tengah di belakang motosikal ini berfungsi (pada ER-6, monoshock belakang terletak di tepi). Secara jujurnya, saya lebih gemar sekiranya suspensi ini lebih keras sedikit, kerana hentakannya dirasa terlalu lembut. Pastinya, ia dapat memberikan tunggangan yang selesa jika ditunggang hari-hari, tetapi saya bayangkan, bagaimana pula jika dua orang dewasa menaikinya.

Setakat melalui selekoh biasa dan berada pada kelajuan sederhana mengikut polis trafik yang mengiringi konvoi wakil media pada hari itu, saya rasakan motosikal ini meyakinkan dan mudah untuk dihalakan ke selekoh yang dinginkan. Tayar Dunlop SportMax yang digunakan juga cukup untuk memastikan cengkaman.

Perkara seterusnya yang menarik pada dua motosikal ini adalah enjin dua silinder selari, berpenyejukan cecair 649 cc dengan sistem DOHC. Kedua-dua Ninja 650 dan Z650 menggunakan enjin dan kuasa yang sama, iaitu 68 PS pada 8,000 rpm dan 65.7 Nm pada 6,500 rpm, digabungkan bersama transmisi enam kelajuan. Perbezaan enjin dua model ini hanya penampilannya iaitu Ninja 650 menggunakan penutup tepi dan atas berwarna hitam manakala pada Z650, ia berwarna perak.

Jumlah ini tidaklah terlalu mengujakan, malah kurang berbanding ER-6, tetapi Kawasaki berjaya menjadikannya lancar dan tarikannya masih lagi terasa, terutamanya bermula pada rpm 4,500 ke atas. Ini adalah sesuatu yang menarik kerana biasanya bagi enjin dua silinder, ‘tumbukan’ kuasanya akan lebih terasa, tetapi Ninja dan Z650 lebih lancar. Jika bukan mahu memotong dengan cepat pula, penunggang tidak perlu kerap menukar gear kerana tarikan masih boleh didapati walaupun pada rpm rendah.

Turut diubah pada enjin ini adalah injap pendikit sistem suntikan bahan apinya, dan daripada pengalaman saya, ia menghasilkan tindak balas yang responsif. Apabila pendikit dicuba dipulas dan dilepas secara tiba-tiba, enjin ini bertindak balas pantas, tanpa teragak-agak atau semput.

Enjin ini kemudiannya dipadankan bersama transmisi enam kelajuan dan di dalamnya terdapat klac jenis slipper. Tidak sekalipun gear gaga masuk walaupun saya melakukan penukaran gear secara agresif, termasuk menaikkan gear tanpa menarik klac. Satu lagi kelebihan klac jenis ini adalah ia dapat mengelakkan tayar belakang bergegar kuat apabila gear diturunkan secara mendadak.

Ninja 650 dan Z650 mempunyai panel meter yang berlainan bentuk tetapi kedua-duanya masih lagi mempunyai penunjuk analog untuk tahap rpm manakala informasi selebihnya dipaparkan secara digital. Selain penunjuk tahap penggunaan bahan api, jumlah minyak yang tinggal dalam tangki 15 liternya, serta lampu amaran lain, panel meter ini turut dilengkapi dengan paparan kedudukan gear yang jelas.

Satu ciri keselamatan penting yang patut dihargai oleh semua penunggang adalah brek ABS, dan ia ada pada dua motosikal ini, iaitu dari Bosch. Tugas membrek itu sendiri dijalankan oleh unit berkembar cakera 300 mm dan angkup dua piston di hadapan, dan cakera tunggal 220 mm serta angkup satu piston di belakang. Kuasa henti yang dihasilkan daripada unit ini memang mencukupi.

Secara keseluruhannya, saya berpendapat, Ninja 650 dan Z650 boleh menjadi model paling laris yang seterusnya buat Kawasaki di Malaysia. Itupun jika orang ramai dapat menyedari motosikal ini mempunyai pakej menarik, gabungan pengendalian, kuasa serta harganya.

Bagi yang mahu menaik taraf daripada motosikal 250 cc, anda tidak perlu rasa takut dengan kawalan berat atau kuasa yang melampau kerana ia tiada pada Ninja 650 dan Z650. Malah, anda juga mungkin tidak akan dapat merasa banyak beza berkenaan pengendaliannya, tetapi dapat menikmati kuasa daripada enjin 650 cc.

Bagi yang sudah biasa menunggang pula, motosikal ini masih boleh memuaskan, apatah lagi sekiranya anda mencari sebuah motosikal yang mudah dikendali, tidak memenatkan dan mempunyai kuasa mencukupi. Harga jualan bagi Ninja 650 ABS 2017 adalah RM37,189 manakala Z650 ABS 2017 pula adalah 35,605. Kedua-dua harga ini adalah termasuk GST, tanpa insurans.

Bagi model Ninja 650 ABS SE 2017 yang berwarna hijau, ia dijual dengan tambahan RM1,000 kerana dilengkapi dengan penutup tempat duduk belakang, penghadang angin gelap, pelindung radiator dan jalur pada rim.

GALERI: Kawasaki Ninja 650 ABS 2017

GALERI: Kawasaki Z650 ABS 2017

GALERI: Kawasaki Ninja 650 ABS SE 2017

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2obhwph

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.