Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pahang Sedia Kekang JDT – Syamim - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pahang Sedia Kekang JDT – Syamim

PEMAIN tengah Pahang, Ahmad Syamim Yahya. – Foto Rasul Azli Samad

KUANTAN: Pemain tengah Pahang, Ahmad Syamim Yahya dan rakan sepasukan sudah sedia mengekang jentera tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) pada suku akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Makmur Sabtu ini.

Pemain kelahiran Raub, Pahang itu berkata, kekalahan 2-3 pada aksi Liga Super lalu memberi pengalaman berharga kepada mereka untuk tidak membuka ruang kepada jentera tengah skuad Harimau Selatan itu mengawal permainan.

Dia bersama rakan sepasukan yang beraksi di posisi tengah lebih bersedia untuk mengekang asakan pemain lawan, terutama kapten pasukan Johor DT, Syafiq Rahim.

“Secara peribadi saya percaya Pahang akan mencatat kemenangan ke atas JDT… cuma, kami tidak boleh terlalu yakin bagi mengelak lawan mengambil kesempatan menjaringkan gol awal.

“Pada masa sama, kami juga tidak boleh leka dan melakukan kesilapan mudah hingga menjerat pasukan.

“Kami perlu manfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri dan memperoleh bekalan selesa sebelum bertandang ke Larkin bagi aksi suku akhir kedua nanti,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ahmad Syamim berkata, kelebihan beraksi di depan penyokong sendiri dan rekod cemerlang sepanjang beraksi di Stadium Darul Makmur musim ini diharap membantu memberi kekuatan kepada skuad itu.

“Kami akan berusaha menceriakan penyokong Tok Gajah kerana misi kami musim ini adalah layak ke final Piala FA… peluang mara ke peringkat suku akhir ini perlu disempurnakan sebaiknya,” kata pemain berumur 27 tahun itu.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2niNZ8u

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.