Hi! Welcome Back and Stay Tune! PDRM Antara Badan Keselamatan Terbaik Dunia – Tengku Adnan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PDRM Antara Badan Keselamatan Terbaik Dunia – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memuji keberkesanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dianggap sebagai antara badan keselamatan terbaik di dunia.

Beliau berkata kecemerlangan PDRM boleh dilihat melalui peranannya memastikan keamanan dan keselamatan negara hingga boleh dinikmati rakyat melalui kehidupan seharian.

“Tindakan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab memperkecilkan PDRM sangat tidak wajar, banyak jasa polis kepada rakyat untuk memastikan keamanan khususnya di Kuala Lumpur dan Putrajaya ini terkawal.

“Kita sepatutnya menghargai dan berterima kasih kepada polis atas bakti mereka dalam memelihara keamanan sejagat,” katanya ketika berucap dalam program Jalinan Mesra sempena Peringatan Hari Polis ke-210 Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh dan Penasihat Pembangunan dan Iktisas di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Tengku Adnan berkata bagi menghargai PDRM, kementeriannya sedia menawarkan pelbagai kemudahan antaranya memberi keutamaan kepada anggota polis dalam projek perumahan kos rendah dan mampu milik seperti Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan dan Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia.

“Projek-projek ini mendapat sambutan hangat apabila banyak unit terjual tetapi difahamkan kurang permohonan daripada badan-badan beruniform seperti polis.

“Saya menyeru agar semua anggota polis untuk membuat permohonan bagi mendapatkan rumah tersebut,” katanya.

Beliau berkata kementeriannya menerusi Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga akan memperkasakan kerjasama dengan PDRM khususnya bagi membanteras jenayah di ‘kawasan panas’ sekitar ibu negara.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ok0r9T

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.