Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dijadikan Tebusan Teman Lelaki, Wanita Ini Buat Tindakan Bijak Hubungi Pizza Hut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dijadikan Tebusan Teman Lelaki, Wanita Ini Buat Tindakan Bijak Hubungi Pizza Hut

Kejadian berlaku baru-baru ini di Florida, seorang wanita telah dijadikan tebusan oleh teman lelakinya sendiri. Cheryl Treadway dan teman lelakinya, Ethan Nickerson telah bertengkar sepanjang hari. Hal ini menyebabkan Ethan mengugut Cheryl dengan sebilah pisau.

Setelah tidak temui jalan penyelesaian, Ethan tidak membenarkan Cheryl keluar daripada rumah. Sehinggakan apabila Cheryl hendak keluar mengambil tiga anaknya di sekolah, Ethan turut mengikutinya bagi memastikan teman wanitanya itu pulang semula ke rumah dan tidak melarikan diri.

Cheryl dan anak-anaknya dijadikan tahanan di rumah mereka sambil diacukan pisau oleh Ethan.

Demi menyelamatkan diri, Cheryl telah melakukan satu tindakan yang sangat bijak di mana dia telah meminta telefonnya untuk membuat pesanan makanan daripada aplikasi Pizza Hut.

Pada mulanya, Ethan tidak membenarkan Cheryl untuk membuat apa-apa panggilan atau pesanan dengan menggunakan telefon. Setelah dipujuk rayu oleh Cheryl dan anak-anak yang tengah kelaparan, Ethan akhirnya membenarkan Cheryl untuk membuat pesanan

Namun, Cheryl tidak hanya menempah pizza sebaliknya dia meninggalkan pesanan pada ruangan komen tersebut.

Teman lelaki yang tidak sedar akan perkara itu mengambil semula telefon tanpa mengesyaki apa-apa. Pekerja Pizza Hut yang ternampak mesej Cheryl segera menghubungi polis.

Pihak polis dengan segera pergi ke rumah mangsa dan berjaya memujuk Ethan untuk melepaskan tahanan dan menyerah diri.

Dia telah ditahan atas beberapa pertuduhan seperti membuat serangan senjata tanpa niat untuk membunuh, memiliki senjata dan sebagainya.

Menurut pengurus restoran tersebut, Candy Hamilton, dia tidak pernah melihat insiden seperti ini sepanjang 28 tahun dia bekerja.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nCyaNa

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.