Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kelantan Sokong Norza - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kelantan Sokong Norza

DATUK Seri Mohamad Norza Zakaria. -Foto Mohamad Shahril Badri Saali

KOTA BHARU: Persatuan Badminton Kelantan (PBK) menyokong penuh ‘gentlemen’s agreement’ berhubung pemilihan jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), yang akan diadakan selepas Mesyuarat Agung BAM pada 8 April ini.

Presidennya, Dr Naharuddin Hashim menegaskan semua pihak perlu menghormati perjanjian itu kerana kegagalan berbuat akan menyebabkan berlaku perpecahan dalam badan induk berkenaan.

Selama 32 tahun lalu, katanya tiada pertandingan diadakan bagi merebut jawatan itu kerana mahu bagi menjaga keharmonian antara ahli.

“Kita bimbang, jika pertandingan diadakan maka akan berlaku perpecahan seterusnya akan menjejaskan kerjasama pihak yang berada dalam organisasi itu.

“Jadi kami sebulat suara menyokong ‘gentlemen’s agreement’ seperti yang dipersetujui selama ini,” katanya ketika menghadiri Mesyuarat Agong PBK 2017 di Wisma Majlis Sukan Negeri (MSN), di sini, sebentar tadi.

Naharuddin berkata, individu yang akan menjawat jawatan Presiden BAM perlu melakukan perubahan drastik bagi memastikan sukan badminton di negara ini akan bergerak maju.

“Kami akan melancarkan misi mengulangi kecemerlangan skuad badminton seperti tahun sebelum ini. Pastinya presiden (BAM) akan memikul tanggungjawab besar bagi memastikan sukan badminton kekal sebagai sukan nombor satu di Malaysia,” katanya.

Pada pemilihan April ini, dua calon dilihat berpotensi menggantikan Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff iaitu Timbalan Presiden merangkap Pemangku Presiden, Tan Sri Mohamed Al Amin Abd Majid dan seorang lagi Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Namun, jika berdasarkan perjanjian membabitkan pemimpin tertinggi BAM itu, Norza sepatutnya mengambil alih kerusi nombor satu daripada Tengku Mahaleel.

Al Amin bagaimanapun turut berminat bagi menjadi presiden sekali gus dijangka menyaksikan pertandingan dua penjuru membabitkan jawatan berkenaan.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2obBSyJ

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.