Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anda Sudah Boleh Dapatkan Permainan Asal StarCraft Secara Percuma - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anda Sudah Boleh Dapatkan Permainan Asal StarCraft Secara Percuma

Blizzard sebelum ini telah mengumumkan mereka akan menawarkan permainan asal StarCraft secara percuma kepada semua, dan kini ia telah sedia untuk dimuat-turun oleh semua pengguna seluruh dunia.

Berbeza dengan kebanyakkan permainan pada hari ini, StarCraft ditawarkan secara percuma sepenuhnya. Pengguna hanya perlu mendaftar akaun sekiranya ingin memainkan ia secara atas-talian, tetapi bebas untuk memainkannya tanpa akaun untuk versi permainan perseorangan.

StarCraft merupakan salah satu permainan berbentuk strategi yang sangat popular pada dekad lepas. Dengan populariti arena e-sukan akhir-akhir ini, pihak Blizzard tampaknya ingin menghidupkan kembali permainan klasik berkenaan.

Mungkin ini salah satu kaedah untuk menarik lebih ramai memainkan kembali permainan klasik ini, dan secara tidak langsung mungkin membeli StarCraft Remastered dengan sokongan 4K apabila ia dilancarkan kelak.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun fail pembangunan akhirnya daripada forum dan memainkannya pada komputer Windows 7 dan terkini. Fail muat-turun permainan ini bersaiz sekitar 1.5GB. Buat masa ini, versi percubaan ini terhad kepada pelayan di California sahaja – yang mana mungkin memperlihatkan lengah masa sekiranya dimainkan dari Malaysia. Bagi anda dengan sambungan terhad, kami nasihatkan nantikan sekitar sehingga penghujung minggu untuk muat-turunnya, dimana versi stabil akhir dijangka ditawarkan kepada pengguna.

Layari dan muat-turun StarCraft

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ociNfO

✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.