Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mayat Kim Jong Nam Dipercayai Dibawa Keluar Dari HKL - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mayat Kim Jong Nam Dipercayai Dibawa Keluar Dari HKL

KUALA LUMPUR: Mayat warga Korea Utara, Kim Jong Nam dipercayai sudah dibawa keluar dari Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan menggunakan sebuah van kira-kira pukul 1.40 tengah hari tadi.

Difahamkan van jenis Toyota Hiace berwarna kelabu itu meninggalkan pekarangan IPFN dengan diiringi tiga unit kereta peronda polis.

Sebelum itu, kenderaan tersebut yang tertera tulisan “Van Jenazah” pada cermin belakang memasuki pekarangan IPFN kira-kira pukul 1.35 tengah hari.

Van tersebut berada dalam kawasan IPFN selama lima minit sebelum beredar selepas keranda dipercayai mengandungi mayat Jong Nam dimasukkan.

Menurut sumber, mayat Jong Nam dipercayai akan diterbangkan dengan sebuah pesawat ke Beijing, kira-kira pukul 6 petang Khamis.

Sebelum ini, mayat Jong Nam dikatakan tiba di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.30 tengah hari sebelum dijadualkan dibawa naik pesawat penerbangan nasional pada 6.25 petang.

Bagaimanapun, sumber memberitahu mayat Jong Nam kemudian dibawa keluar semula dari lokasi itu ke Rumah Mayat HKL disebabkan isu teknikal.

Jong Nam yang juga abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, mati dibunuh dua suspek wanita pada 13 Februari lalu menggunakan agen saraf VX.

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ketika mangsa sedang menunggu penerbangan ke Macau.

Jong Nam yang menggunakan nama Kim Chol seperti di dalam pasportnya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nCJNnz

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.