Malaysia Airlines Bakal Bekerjasama Dengan Google Untuk Membina Program Pembangunan Bakat Dan Aplikasi Web Progresif
Pada sesi pengumuman Google Malaysia dan Malaysia Airlines (MAS) yang berlangsung semalam, Arved Von Zur Muehlen, Ketua Pegawai Komersial MAS menyatakan bahawa selain dari mengumumkan tiga laluan baru ke China, mereka juga akan merombak semula sistem pembelian tiket mereka.
Menurut Arved, sudah tiba masanya MAS memperbaharui sistem tersebut supaya pelanggan boleh membeli tiket penerbangan dengan lebih mudah dan selamat. Beliau tidak memberikan butiran lanjut mengenai rombakan ini, tetapi berkata bahawa ia akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini.
Dalam pada itu, Arved juga menyatakan bahawa MAS akan bekerjasama dengan Google untuk mewujudkan sebuah program pembangunan bakat untuk membina pasukan data yang akan memanfaatkan data carian untuk destinasi-destinasi penerbangan daripada Google. Tiada jangka masa yang diberikan untuk permulaan program ini, tetapi ia mungkin akan dijalankan selepas laman web MAS diperbaharui kelak.
Selain itu, Google juga sedang bekerjasama dengan MAS untuk membina aplikasi web progresif menggunakan teknologi Progressive Web App (PWA). Aplikasi ini dikatakan akan diaktifkan selepas pertengahan tahun 2017. Kelebihan sistem PWA ialah pengguna boleh melihat dan menempah tiket destinasi penerbangan, walaupun sambungan atas talian mereka adalah perlahan. Aplikasi web ini berfungsi sebagai aplikasi tersendiri, menggunakan laman web mudah alih untuk megnaksesnya.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2niHxhV✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment