Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kim Jong Nam: Ketua Polis Negara Gesa Masyarakat Waspada Laporan Asing - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kim Jong Nam: Ketua Polis Negara Gesa Masyarakat Waspada Laporan Asing

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta orang ramai supaya berwaspada dan jangan terlalu mudah mempercayai sebarang laporan berhubung kematian Kim Jong Nam, khususnya tanpa rujukan sumber sahih termasuk laporan berunsur spekulasi oleh media asing.

Beliau berkata laporan seumpama itu hanya membahayakan dan menimbulkan kegusaran awam dalam kalangan rakyat negara ini, selain mungkin boleh mengganggu usaha kerajaan ketika ini bagi menamatkan isu yang telah berlanjutan lebih enam minggu itu.

“Saya mohon kepada orang awam supaya hanya mendengar dan hanya mendapat pengesahan laporan perkembangan Jong-nam oleh agensi berita tempatan sahaja.

“Mereka (media asing) tidak mempunyai ‘sense of belonging to the country’ kerana itulah mereka boleh melaporkan apa jua isu ini (Jong-nam) yang menimbulkan spekulasi serta tidak boleh dipercayai,” katanya.

Khalid berkata demikian ketika ditemui Bernama bersempena penutupan latihan keselamatan kebakaran peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Khalid berkata pihak berkuasa sebenarnya bimbang laporan yang tidak bertanggungjawab itu boleh menjejaskan perancangan termasuk proses rundingan oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan Korea Utara yang sedang berlangsung.

“Saya tidak akan beri sebarang kenyataan berhubung Jong Nam dan media diminta tunggu untuk makluman perkembangan isu ini yang akan diberi tidak lama lagi.

“Ini kerana proses rundingan yang dibuat kerajaan melibatkan nyawa rakyat kita di sana (Korea Utara) maka apa jua laporan isu ini amat sensitif,” katanya.

Jong Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Feb lepas oleh dua wanita menggunakan agen saraf VX yang sangat bertoksik.

Sejak kejadian itu, hubungan diplomatik antara Korea Utara dan Malaysia terjejas berikutan beberapa kenyataan yang diberi bekas Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol.

Pada 4 Mac lepas, kerajaan Malaysia mengisytiharkan Kang Chol sebagai ‘persona non grata’ atau orang yang tidak dialu-alukan selepas beliau gagal hadir apabila dipanggil oleh Wisma Putra. Kang Chol meninggalkan Malaysia pada 6 Mac lepas.

Korea Utara kemudian bertindak balas apabila pada 8 Mac lepas, Pyongyang mengeluarkan arahan melarang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu dan sebagai tindak balas Malaysia turut mengambil tindakan sama terhadap rakyat Korea Utara di negara ini.

Pada masa ini terdapat tiga diplomat dan enam anggota keluarga rakyat Malaysia masih berada di Pyongyang dan terkesan dengan arahan itu.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nOyzwz

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.