Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ford Panggil Semula Kuga, Fiesta ST, Mondeo Dan Transit – Enjin 1.6 Liter EcoBoost Berisiko Terbakar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ford Panggil Semula Kuga, Fiesta ST, Mondeo Dan Transit – Enjin 1.6 Liter EcoBoost Berisiko Terbakar

Langkah ini akan melibatkan 230,756 unit Escape 2014 (dikenali sebagai Kuga di sini), Fiesta ST 2014-2015, Fusion (Mondeo, 2013-2014) dan Transit Connect 2013-2015 bagi pasaran Amerika Utara.

Ford mengeluarkan notis panggilan semula bagi model-model yang menggunakan enjin 1.6 liter EcoBoost di atas sebab kemungkinan risiko kebakaran bawah bonet.

Masalah yang dikenal pasti adalah disebabkan kurangnya kitara coolant, yang boleh mengakibatkan enjin menjadi terlebih panas. Ini kemudiannya boleh menyebabkan kepala silinder retak, mengakibatkan kebocoran minyak. Sekiranya minyak berkenaan terkena permukaan enjin yang panas, dikhuatiri ini boleh menyebabkan kebakaran tercetus.

Setakat ini, masalah berkenaan telah melibatkan 29 laporan kebakaran di Amerika dan Kanada. Pemilik masih dibenarkan memandu kenderaan mereka, tetapi dinasihatkan berjumpa dengan pengedar mereka sekiranya terdapat kesan coolant bocor, enjin terlebih panas dan perlu menambah coolant dengan kerap.

Di Australia, 4,450 unit Kuga dan 400 unit Fiesta ST telah dipanggil balik, menurut laporan CarAdvice. Ini berlaku dua bulan selepas Ford Afrika Selatan memanggil balik 4,500 pemilik Kuga akibat masalah yang sama.

Pengedar Ford di Malaysia, Sime Darby AutoConnexion kini sedang menyiasat sama ada model-model berkaitan yang dijual di Malaysia turut terlibat dengan panggilan semula ini atau sebaliknya.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nyEYK6

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.