Hi! Welcome Back and Stay Tune! Carian Google Di Malaysia Untuk Destinasi Percutian Ke China Meningkat Pada Tahun 2016 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Carian Google Di Malaysia Untuk Destinasi Percutian Ke China Meningkat Pada Tahun 2016

Google dan Malaysia Airlines telah mengeluarkan laporan penyelidikan tentang carian destinasi-destinasi percutian rakyat Malaysia. Data menunjukkan bahawa carian untuk penerbangan ke beberapa negeri di negara China telah meningkat secara mendadak pada tahun 2016.

Ini selari dengan carian Google untuk destinasi-destinasi di negara China yang telah meningkat sebanyak 24 peratus dari tahun-ke-tahun untuk tahun lepas juga. Menurut Marc Woo, pengurus E-Dagang, Percutian & Perkhidmatan Kewangan dari Google, carian penerbangan ke negeri-negeri di China seperti Shanghai, Guangzhou, Harbin dan Chengdu.

Arved Von Zur Muehlen, Ketua Pegawai Komersial Malaysia Airlines pula berkata ini adalah kerana China kini mempunyai destinasi-destinasi yang semakin menarik untuk dilawati oleh rakyat Malaysia. Ini termasuklah Tembok Besar China di Beijing (naik 34%), Disneyland Shanghai (naik 67%), Bandar Salji di Harbin dan Chengdu (naik 73%) yang menjadi pintu masuk ke negara Tibet serta rumah kepada beruang panda.

Destinasi-destinasi ke kawasan-kawasan seperti Guangzhou (naik 65%) dan Shenzen (67%) sebaliknya bukanlah untuk tujuan percutian. Dua destinasi ini terkenal dengan industri pengeluaran dan pengilangan. Ia popular di kalangan ahli perniagaan Malaysia yang ingin melakukan urusan pengilangan serta borong secara terus dengan pengilang.

Dalam pada itu, carian untuk tempat makan halal di China meningkat sebanyak 80% pada tahun 2016. Ini petunjuk bahawa terdapat ramai penganut agama Islam yang ingin melawat destinasi-destinasi ini.

Malaysia Airlines turut bakal memulakan penerbangan untuk tiga destinasi terbaru di China. Penerbangan ke Shanghai sebanyak dua kali sehari akan dimulakan kerana permintaan yang tinggi ke destinasi ini.

Marc Woo menambah carian untuk destinasi percutian di rantau Asia Tenggara masih lagi berada di tangga tertinggi tetapi carian untuk ke China melihat kenaikan yang paling pesat.

Apakah anda salah seorang dari mereka yang ingin melawat lokasi-lokasi seperti Tembok Besar China dan Bandar Terlarang? Harbin juga menarik jika anda mahu melihat pameran ukiran salji dan sebagainya.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nObJ8k

✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.