“Duit anak² ni, bukan hak ibu-bapa” – 3 Tips penting cara uruskan duit anak² seawal bayi
Perkongsian oleh Puan Hana Shahadan yang amat berguna kepada ibu-bapa. Baca lagi:
3 hari lepas, mommy kira kira duit Fateh. Duit yang orang bagi contoh macam atuk dia bagi tiap kali p umah atuk. Duit orang datang melawat Fateh, Duit papa dia bagi bila balik rumah, Duit kecil balance dalam poket semua masuk ke Fateh. Terus mommy terasa nak sharing 3 Tips penting cara nak manage duit anak anak seawal baby.
Duit anak anak ni, kita tak boleh pakai tau. Lagilah kalau duit raya, duit tu hak mereka. Walau seringgit. Hukum menggunakan duit raya anak adalah sama seperti kita menggunakan duit orang lain. Seperti konsep berhutang. Dan hutang wajib di bayar. Sekiranya dalam keadaan kita terpaksa pakai duit anak, pastikan kita membayar semula duit mereka dengan segera.
Yang penting, bila dapat duit anak anak tu kita kena menyimpan. Macam mana cara nak asingkan dan simpan tu? Mudah je. Simpan la sikit sikit, lama lama berbukit.
.
1. Pastikan Buka Account Bank anak sejak dari kecil.
Ambil berkat, mommy mulakan dengan buka akaun bank di tabung haji. Terpulang tau nak buka bank apa, tak kisah nak simpan dekat bank mana. Yang penting anak ada akaun bank. Dulu betul2 mommy habis pantang 44hari, Mommy terus buka pilih tabung haji , yela nanti nak pergi haji dengan Fateh. Jadi, semua duit yang Fateh dapat mommy dah masukkan dalam tabung haji.
2. Letakkan Target Simpanan Bulanan untuk anak.
Kalau macam Fateh, mommy dah letak target mesti ada amount RmXXXX sebulan at least untuk simpanan dia sendiri. Kiranya kalau fateh dah 10bulan, mesti ada Rm XXXXX untuk dia. Target tu tak kisah nak letak berapa, ikut kita. Faham ke? Kalau nak senang, pecahkan ikut hari. Setiap hari kena simpan berapa. Takda la rasa terbeban sangat nanti.
3. Asingkan siap siap duit anak dalam satu bekas lain( macam tabung khas anak pun boleh)
Ni yang mommy praktis dekat rumah. Macam fateh, mommy dah siapkan bekas duit. Kiranya bekas tu memang dah macam tabung cuma lebih besar dan khas untuk letak duit Fateh. Tiap kali papa dia ada duit kecil-kecil masuk dalam tu, tiap kali orang bagi duit,pun letak dalam tu. (Bekas ni duit anak, bekas dilarang usik tau)
Lagi satu, kita tak boleh menggunakan duit anak untuk membeli lampin atau pun keperluan harian anak kerana semua tu adalah dalam tanggungan kita sebagai ibu bapa. Cuma yang penting kita sebagai ibu bapa dah menjadi tanggungjawab untuk menguruskan duit anak dengan lebih baik. okay semua?
Silakan share untuk manfaat anak anak.
The post “Duit anak² ni, bukan hak ibu-bapa” – 3 Tips penting cara uruskan duit anak² seawal bayi appeared first on The Alternatif.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mSWbw6✍ Sumber : ☕ The Alternatif
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment