Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bapa Tiri Biadap Di Penjara 40 Tahun Dan 20 Kali Sebatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bapa Tiri Biadap Di Penjara 40 Tahun Dan 20 Kali Sebatan

Bapa Tiri Biadap Di Penjara 40 Tahun Dan 20 Kali Sebatan|Mahkamah Tinggi di sini semalam mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas seorang penjawat awam bagi sabitan merogol anak tirinya pada awal tahun ini.

Hakim Dato’ Rhodzariah Bujang menolak rayuan dibuat lelaki berusia 55 tahun itu yang mengemukakan rayuan terhadap hukuman-hukuman dijatuhkan Mahkamah Sesyen dalam dua pertuduhan rogol sumbang mahram.

Bagi setiap tuduhan, dia dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara dan 10 kali sebat dan diarah untuk dijalankan secara berasingan.

Dia mengaku bersalah melakukan kesalahan itu pada 4 dan 5 Januari di kuarters kerajaan di Batu Lintang pada jam 10 pagi.

Dalam hujahan lisan, perayu menyeru hakim agar mempertimbangkan umurnya apabila dia kini 55 tahun dan jika menjalani hukuman penuh, dia tidak akan berpeluang untuk berjumpa dengan ibu bapanya yang di usia senja.

Lelaki itu memberitahu mahkamah, dia sanggup menerima lebih banyak sebatan sebagai ganti hukuman penjara lebih pendek.Dalam menyampaikan keputusan, hakim mengekalkan hukuman-hukumannya selepas mengambil kira kesan buruk tindakan tersebut yang beliau sifatkan sebagai keji, kejam dan mengakibatkan trauma kepada mangsa.

Hakim memberitahu, kejadian rogol itu berlaku sejak Januari 2015 walaupun laporan polis mendakwa kejadian itu telah berlaku sejak lima tahun yang lalu.

“Mangsa turut mengalami keguguran selama tiga kali selepas dipaksa mengambil pil oleh ibu bapa. Dia ketakutan dan berasa bersalah terhadapibu serta keluarganya,” katanya.

Beliau turut memberitahu, perayu ketika mitigasi meminta hukuman lebih ringan.“Dia tidak menunjukkan sebarang penyesalan atas jenayah yang dilakukan,” katanya lagi.

Pada asalnya, perayu berhadapan dengan tujuh pertuduhan dan mengaku lima daripadanya, di mana dia menerima sejumlah 98 tahun hukuman penjara dan 45 sebatan.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dua lagi pertuduhan yang menunggu perbicaraan di Mahkamah Sesyen.

Dua tuduhan dinafikan selepas dia mendakwa tidak ada hubungan seksual dilakukan semasa cuti umum apabila dia membantu isterinya menjaga gerai.Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Hayda Faridzal. -UB

The post Bapa Tiri Biadap Di Penjara 40 Tahun Dan 20 Kali Sebatan appeared first on Eberita.org.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mvmddm

✍ Sumber : ☕ Eberita.org


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.