Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kedah, NS Terbitkan Cemburu Pesaing - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kedah, NS Terbitkan Cemburu Pesaing

Berakhir sudah suku saingan Liga Super dan Liga Perdana selepas berlangsungnya 47 perlawanan yang menyaksikan Kedah dan Negeri Sembilan gah di takhta liga.

Saya cuba membayangkan situasi ketika ini seumpama penghujung pertandingan dan penyokong kedua-dua pasukan seolah-olah mengharapkan esok atau lusa adalah hari terakhir musim untuk mereka dinobatkan sebagai juara. Haru biru jadinya!!!

Tumpuan juga ketika ini terarah kepada dua jurulatih muda yang berjaya membimbing pasukan masing-masing muncul sebagai ‘front-runner’ untuk bergelar juara, iaitu Tan Cheng Hoe dan Asri Ninggal.

Sejak awal pertandingan yang bermula 20 Januari lalu, Negeri Sembilan agak konsisten berdasarkan kedudukan liga dengan hanya dua kali disingkirkan dari tangga teratas oleh Kuala Lumpur.

Berdasarkan statistik yang dipetik dari laman web semuanyabola.com NS berjaya mengulangi pencapaian seperti tahun lalu apabila melalui saingan tanpa kekalahan selepas tujuh perlawanan. Kali ini rekod mereka sedikit tercalar dek keputusan seri 1-1 dengan UiTM, namun NS masih berupaya mengekalkan rekod tanpa kalah.

Berdasarkan kiraan kasar, Negeri Sembilan menjadi pasukan pertama layak ke Piala Malaysia, pertandingan yang pernah mereka julang sebanyak tiga kali dan yang kali terakhir dimenangi pada 2011.

Selepas empat musim beraksi dalam Liga Perdana, sudah pasti Skuad Jang menerusi presidennya, YAB Menteri Besar Negeri Sembilan sendiri dahagakan satu perubahan drastik bagi mengembalikan sengat Hobin Jang Hobin.

Kalau diikutkan, NS bukanlah calang-calang pasukan di Malaysia ini kerana sudah menjulang kesemua piala utama dalam saingan bolasepak negara seperti Piala Malaysia tiga kali, Piala FA dua kali, Liga Super sekali, takhta Divisyen Dua sekali, selain sekali menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah.

Rekod boleh tercatat sekiranya Liga Perdana pula dimenangi tahun ini.

Tugas yang di amanahkan di atas bahu Asri Ninggal, bekas rakan seperjuangan saya bersama pasukan pelapis Wilayah Persekutuan, sebelum beliau berhijrah ke Selangor, kini semakin hampir untuk dijelmakan.

Memiliki pengalaman sebagai pembantu kepada Ong Kim Swee di Melaka dan penolong kepada jurulatih musim lalu, Gary Michael Philips, adalah satu tanggungjawab yang besar kerana penyokong skuad Jang terlalu dahagakan kejayaan, terutama kembali ke Liga Super.

Kehadiran empat pemain import yang diketuai penjaring terbanyak Liga Perdana setakat ini, Bruno Suzuki, bersesuaian pula dengan falsafah Asri, digabungkan dengan semangat pemain tempatan, ibarat sebuah unit lengkap yang sudah lama didambakan peminat setia skuad Jang.


Dalam saingan Liga Super pula, aura selaku Juara Piala Malaysia 2016 masih dikekalkan Kedah untuk membolehkan mereka mengukuhkan cengkaman di tangga teratas walaupun dua kali dicabar Pahang seketika, sebagai pendahulu.

Tahun ketiga selaku ketua jurulatih, bekas pembantu kanan skuad kebangsaan ketika era Datuk K. Rajagobal, iaitu Tan Cheng Hoe, kini menanggung aspirasi penyokong setia Hijau Kuning untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala lagi sama ada Piala FA atau Liga Super selain mempertahankan piala keramat Piala Malaysia pada 2017 ini.

[embedded content]

Awal musim lalu, Cheng Hoe seolah-olah gagal menepati cita rasa tinggi penyokong Kedah yang mahukan dia dipecat. Namun berakhir di tangga ketiga selain menjulang Piala Malaysia, nama Cheng Hoe kini adalah agenda utama bualan di utara sana.

Tidak pasti apakah beliau mampu mengulangi sejarah paling cemerlang di dalam sejarah bola sepak Malaysia dengan memenangi ‘double-treble’ seperti 2007-08 ketika Kedah dibimbing Azraai Khor Abdullah.

Liridon Krasniqi ibarat jeneral paling berpengaruh dikekalkan sementara kehadiran semula Sandro da Silva dianggap ‘comeback’ terbaik ketika Zac Anderson dan penyerang Denmark, Ken Ilso, semakin mencipta impak.

Tidak ketinggalan untuk kita memberikan kredit kepada pemain-pemain muda tempatan yang turut memainkan peranan seperti penjaga gol, Ifwat Akmal Che Kassim, Amirul Hisyam Awang Kechik, Syafiq Ahmad mahupun Farhan Roslan.

Itu belum dikira beberapa penampilan pemain-pemain muda Kedah yang sedang dan bakal diasah bakat serta taring mereka dan bakal diturunkan sedikit masa lagi.

Hakikatnya di dalam pertandingan ‘maraton’ seperti ini, setiap jurulatih mengharapkan pasukan dan pemain-pemain utama mereka akan dapat mengekalkan konsistensi, kekal cergas selain tidak diganggu elemen-elemen luar padang yang boleh menggugat prestasi mereka.

Tidak dinafikan jadual peringkat awal yang tidak begitu padat tanpa perlawanan-perlawanan pertengahan minggu seperti musim-musim lalu setakat ini turut membantu peningkatan prestasi pasukan.

Rehat seketika selama dua minggu ini bakal memberikan waktu untuk menenangkan fikiran, bermuhasabah dan mencuba strategi baharu dengan slot ke Piala Malaysia juga menjadi buruan setiap pasukan. – stadiumastro

Comments

comments

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mzrqQm

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.