Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Tak Perlu Bimbang, Keadaan Terkawal” – Diplomat M’sia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Tak Perlu Bimbang, Keadaan Terkawal” – Diplomat M’sia

Spread the love

SEMUA 11 rakyat Malaysia di Pyongyang bersiap sedia menghadapi sebarang situasi susulan keputusan kerajaan negara itu melarang mereka meninggalkan Korea Utara berkuatkuasa serta merta.

Memperkenalkan dirinya sebagai Mohd Nor Azrin Md Zain, yang juga penasihat di Kedutaan Malaysia di Korea Utara, beliau berkata, mereka menjalankan tugas seperti biasa dan menunggu arahan Wisma Putra dari semasa ke semasa.

“Pada saya, keadaan memang terkawal. Sekarang tidak ada apa yang perlu dibimbangkan.

“Bergantung kepada arahan, kalau kita disuruh kemas, kita kemas. Jadi, buat masa ini kita masih menunggu. Bila perkara ini berlaku, sudah tentu kita sudah siap sedia tetapi itu secara personal lah,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Pada Selasa, Korea Utara mengeluarkan arahan melarang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu.

Menurut Mohd Nor, beliau bersama kakitangan yang lain mengetahui sekatan itu menerusi laman web agensi berita Korea Utara.

Menerusi perbualan telefon itu, Mohd Nor memberitahu, terdapat kakitangan yang menghubungi ahli keluarga di Malaysia bagi memaklumkan perkembangan mereka di Korea Utara.

Pada masa sama, beliau meminta semua pihak supaya mengikut arahan dan mendapatkan kenyataan daripada Wisma Putra dari semasa ke semasa bagi mengelak sebarang kekeliruan atau dakwaan membabitkan rakyat Malaysia di Korea Utara.

Sementara itu, seorang lagi rakyat Malaysia di Korea Utara yang enggan dikenali berkata, dia bersama suami dan anaknya dalam keadaan selamat bersama rakyat Malaysia yang lain.

“Kakitangan di sini bekerja seperti biasa. Setakat ini, tidak ada apa-apa yang menakutkan, semuanya berjalan seperti biasa, seperti hari-hari sebelum ini.

“Alhamdulillah, semua okay,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, seramai 11 rakyat Malaysia, termasuk dua peserta Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Korea Utara dalam keadaan selamat. – mStar Online

[embedded content]


Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mzoiE0

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.