8 Tahun kendong Adik Oku ke sekolah
8 Tahun kendong Adik Oku ke sekolah|Sebagai adik beradik pertengkaran itu perkara biasa. Air yang dicincang takkan putus kan? Namun, di sebalik kenakalan dan pergaduhan, adik beradik jugalah antara yang sanggup berkorban dan membantu di saat kita memerlukan.
Seperti kisah seorang abang dari Cebu, Filipina yang mendapat perhatian ramai baru-baru ini kerana kisahnya yang menyentuh hati. Kisah John Michael JM, 14, bersama adik perempuannya dimuat naik oleh Cebu Citizen Report dan menjadi viral selepas mendapat lebih 16ribu shares di Facebook.
Menurut status itu, dua beradik berkenaan datang dari keluarga yang susah. Adik perempuannya, Ella Mae Belido berusia 12 tahun berstatus OKU dan tidak mampu berjalan selepas terjatuh ketika berusia 11 bulan.
Michael bagaimanapun membuat keputusan mengorbankan masa belajarnya semata-mata mahu menjadi rakan sekelas adik kesayangannya itu supaya dia dapat mengendong adiknya setiap hari! Baiknya dia!
Bukan setakat itu, Michael mengendong adiknya seberat 40 kilogram bersama-sama beg mereka di kedua-dua belah lengannya selama 8 tahun semenjak Gred 1 sehingga hari graduasi mereka pada 7 April lalu.
Bukan sahaja mengorbankan masanya tetapi juga tubuh badan serta tenaga untuk membawa adiknya ke sekolah setiap hari. Terima kasih!
Adik saya sangat berat dan mengendongnya sangat memenatkan tetapi saya lakukannya supaya dia dapat tamat sekolah,” kata Michael.
Bapa mereka, Marlon berusia 39 tahun bekerja sebagai pemandu roda tiga manakala ibunya Erlinda, 38, seorang suri rumah dan menjaga adik bongsu mereka.
Meskipun jarak antara rumah dan sekolah agak jauh, Michael tetap memilih untuk berjalan kaki demi menjimatkan wang pendapatan ayahnya membayar pengangkutan awam.
Pendapatan Marlon tidak tetap dan kebiasaannya dia hanya peroleh 300 Peso (RM26.80) sehari dan adakalanya kurang daripada itu.
Gambar mereka di hari graduasi itu menjadi viral dan ternyata menyentuh hati ramai penduduk di sana. Ramai yang bertanya bagaimana mereka boleh membantu atau menderma untuk kerusi roda Ella.
Beberapa hari selepas gambar itu dimuat naik, banyak derma yang diterima dua beradik tersebut daripada penduduk Cebu yang baik hati.
Ella telah menerima 4 buah kerusi roda, sepasang tongkat dan sebuah basikal. Mereka berdua turut menerima barangan keperluan dapur dan sekolah.
Menurut Michael, dia akan tetap mengendong adiknya itu meskipun mereka harus pergi ke dua kolej yang berbeza selepas ini.
Saya akan tetap mengendongnya. Saya berharap ada orang yang akan membiayai pembelajarannya. Dia mahu mengambil kos komputer,” kata Michael.
Terima kasih kepada Michael yang sangat baik hati dan menyayangi adiknya! Pasti jasa dan pengorbanannya akan diingati Ella sampai bila-bila.
The post 8 Tahun kendong Adik Oku ke sekolah appeared first on Eberita.org.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o9FeyX✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment