Hi! Welcome Back and Stay Tune! Untunglah! Peminat Hadiahkan Sehun Tanah di Scotland - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Untunglah! Peminat Hadiahkan Sehun Tanah di Scotland

Bintang Hallyu sensasi Sehun, menerima hadiah sebidang tanah pemberian peminat fanatikya dari China sempena hari ulang tahun kelahiran yang ke-23 (atau mengikut sistem umur Korea dia sekarang berusia 24 tahun).

Sebuah kelab peminat dari China, Warm Wind, telah membeli tanah di Scotland atas nama penyanyi ini. Pada geran tanah tersebut tertulis Lord Oh Sehun sebagai pemilik.

Sehun atau nama sebenarnya Oh Se Hun yang meraikan hari jadinya pada 12 April (hari ini).

Sejak tengah malam tadi, akaun Twitter Sehun dihujani dengan ucapan selamat hari jadi rkiriman peminat seluruh dunia sehingga hashtag khas untuk ulang tahunnya #HappySehunDay menjadi trending nombor satu global di laman sosial itu.

Tidak cukup dengan saja, peminat seluruh dunia Sehun juga meraikan ulang tahun idola kesayangan mereka ini dengan pelbagai cara unik.

Antaranya, dua buah kelab peminat di Korea memberikan ucapan selamat hari jadi menerusi iklan di beberapa buah bas yang beroperasi di sekitar bandar Seoul sepanjang hari ini.

Selain, beberapa poster iklan dengan gambar Sehun terpampang di stesen-stesen Subway (keretapi) di seluruh bandar Seoul. Sebuah lagi kelab peminat mendermakan sejumlah wang bernilai 4.120.000 won (412 adalah simbolik tarik hari jadi Sehun 12 April).

Video ucapan selamat hari jadi Sehun terpampang di skrin pusat membeli belah terkemuka Korea, Lotte.

Iklan ulang tahun kelahiran Sehun juga turut terpampang di Oxford Circus Stesen di London.

Sementara itu, seorang peminat memutuskan untuk membiayai seorang kanak-kanak yang kurang kemampuan untuk agar membolehkan dia melanjutkan sekolah selama lima tahun. Kanak-kanak itu kini berusia 14 tahun (siknifikan dengan usia Sehun ketika dia menjadi trainee sebelum bergelar artis di agensi berpengaruh, SM Entertainment).

Kelab peminat di Turki mendermakan alat-alat tulis kepada para pelajar sekolah atas nama Sehun.

Deretan lampu-lampu LED di China juga dipasang oleh peminat sebagai meraikan hari jadi anggota EXO paling muda ini.

The post Untunglah! Peminat Hadiahkan Sehun Tanah di Scotland appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pbnXpM

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.