“Janganlah Ada Yang Salah Faham” – Elyana
Sejak kebelakangan ini Elyana sering memuat naik gambar berserta kata-kata sedih di akaun Instagram hingga ada pihak yang membayangkan tindakannya itu ada kaitannya dengan rumah tangga.
Menerusi laporan BH online, Elyana bagaimanapun menjelaskan luahan yang sering dimuat naik itu tidak membabitkan perkara besar, sebaliknya sekadar perkongsian rasa pada sesuatu masa
Penyanyi yang popular dengan lagu Tak Tercapai Akalmu ini berharap peminat tidak salah faham dengan gambar yang dimuat naiknya.
“Saya berbintang Cancer dan boleh berubah emosi dalam sekelip mata walaupun ada kala isunya tidaklah sebesar mana. Oleh itu, janganlah ada yang salah faham dan mengaitkan perkara itu dengan perihal rumah tangga pula.
“Jika diikutkan, sejak dulu lagi saya jarang memuat naik gambar bersama keluarga, terutamanya suami.
Perkongsian saya di laman sosial kebanyakannya membabitkan perkembangan diri saya saja, cuma sesekali ada diselitkan keluarga.
“Tidak kisah apa yang ingin diperkatakan oleh orang ramai kerana saya tidak ambil pusing mengenainya. Apa yang penting, saya sentiasa menjadi diri sendiri,” katanya yang bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Hikayat.
The post “Janganlah Ada Yang Salah Faham” – Elyana appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p0rtGL✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment