Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Ura-Ura) Pengimbas Jari Terbina Terbina Pada Skrin Untuk iPhone 8 Mengalami Masalah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Ura-Ura) Pengimbas Jari Terbina Terbina Pada Skrin Untuk iPhone 8 Mengalami Masalah

Beberapa ura-ura yang didengari sebelum ini ialah “iPhone 8” akan dijenamakan sebagai iPhone Edition. Peranti edisi ulang tahun  ke-10 iPhone ini akan mempunyai beberapa fungsi unik yang tidak ditemui pada iPhone 7S yang dikatakan akan dilancarkan September hadapan. Antaranya ialah penggunaan skrin OLED pada keseluruhan permukaan skrin hadapan. Oleh itu sistem imbasan cap jari terbina pada skrin akan digunakan bagi menggantikan sistem sedia ada.

Laporan dari Apple Insider mengatakan pihak Apple mengalami masalah untuk menghasilkan sistem imbasan jari terbina pada skrin ini. Tidak seperti Samsung, Apple dipercayai menggunakan sistem AuthenTec yang dicipta oleh mereka sendiri. Kadar penghasilan sistem ini adalah terlalu perlahan dan sukar untuk diintegrasikan pada skrin peranti. Ini mungkin mengakibatkan iPhone 8/Edition ditangguhkan kerana mengubah kedudukan pengimbas ke belakang seperti Samsung Galaxy S8 dianggap sebagai kurang mesra pengguna.

Dari pelancaran produk-produk Apple sebelum ini, mereka mempunyai kebarangkalian lebih tinggi menangguhkan produk dari melancarkan peranti yang belum sedia untuk dijual. Adakah anda sanggup menanti lebih lama untuk iPhone Edition?

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o9r7bZ

✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.