Tayar ditoreh ,remote kereta tiba² tak berfungsi
Tayar ditoreh ,remote kereta tiba² tak berfungsi|Tolong berhati-hati jika pergi ke kawasan Sri Petaling atau sekitarnya. Sabtu lalu, jam 9 malam, saya pergi berjumpa dengan kawan saya di Moonlight Cafe. Kami parkir kereta di petak parkir yang agak terpencil, bertentangan dengan kafe tersebut, sebab tiada lagi petak parkir berhampiran.
Kami keluar dari kereta dan abang saya kunci pintu menggunakan remote kereta, tetapi ia tidak berfungsi dan kami ingat mungkin bateri remote dah habis.
Bila kami keluar dari kafe sekitar jam 1 pagi dan mahu pulang ke rumah, baru separuh perjalanan, tayar kereta kami pancit.
Untuk tujuan keselamatan, abang saya memberhentikan kereta di stesen BHP untuk memeriksa keadaan tayar. Apa yang menghairankan ialah, tayar itu baru saja dipam beberapa jam yang lalu dan tidak mengalami sebarang masalah.
Oleh kerana waktu semakin lewat, dia kemudian cuba menukarnya dengan tayar ganti. Masa itu, agak ramai juga penunggang motosikal yang melalui jalan itu dan ianya amat menakutkan.
Malangnya tayar ganti tidak dapat digunakan. Bagaimanapun kami berjaya selesaikan segalanya dan tiba di rumah dengan selamat sekitar jam 3 pagi.
Abang saya pula masih hairan dan pelik dengan insiden tersebut. Tayar kelihatan seperti ditoreh dengan pisau dan ketika kami masuk ke dalam kereta, terdengar bunyi enjin kereta berhampiran dihidupkan. Apa yang lebih menghairankan, bila tiba di rumah, remote kereta boleh digunakan pula.
Kami mengesyaki mungkin ada individu yang menggunakan alat peranti khas untuk menyekat remote kereta berfungsi agar mereka dapat mencuri kereta kami.
Tetapi mereka gagal berbuat demikian, lalu mereka pancitkan tayar kereta dan menunggu kami menyedari keadaan tayar itu sebelum masuk ke dalam kereta. Peluang dan kesempatan yang ada itu mereka akan gunakan untuk menyamun ketika kami sedang sibuk menukar tayar.
Berhati-hatilah semua. Pastikan kereta dikunci dan periksa keadaan tayar ganti agar ia dapat digunakan ketika menghadapi kecemasan. Jika kereta tiba-tiba rosak atau bermasalah, pandu ke tempat yang terang dan ramai orang sebelum keluar untuk memeriksa keadaan kereta.
Mujur kami selamat sampai ke rumah. Berhati-hatilah semua. Thereporte
The post Tayar ditoreh ,remote kereta tiba² tak berfungsi appeared first on Eberita.org.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oZtB1A✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment