Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Memperlihatkan Trend Carian Kenderaan Untuk Pengguna Di Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Memperlihatkan Trend Carian Kenderaan Untuk Pengguna Di Malaysia

Kebanyakan pengguna pada masa kini lebih sedia untuk membuat kaji selidik terlebih dahulu sebelum membeli sesuatu barangan. Perkara ini termasuklah ulasan daripada pengguna dan perbandingan harga barangan yang kini mudah didapati melalui atas talian.

Antara perkara yang banyak dikaji selidik adalah pembelian kenderaan, dan pihak Google Malaysia mempunyai statistik dan info yang menarik untuk dikongsikan berdasarkan trend pembeli kenderaan di Malaysia. Statistik ini adalah berdasarkan kajian mereka bersama TNS, yang mencatatkan corak perubahan oleh pengguna tempatan dalam membeli sesebuah kenderaan.

Jika dibandingkan pada era 80an dan 90an, kebanyakan pengguna lebih menggunakan platform tradisional seperti TV dan majalah dalam mendapatkan info dan harga mengenai kenderaan. Dengan jumlah peningkatan penggunaan internet dan teknologi mudah alih, ia kini mencatatkan sekitar 86% pengguna akan membuat kaji selidik terlebih dahulu melalui atas talian.

Hasil kajian ini turut mencatatkan peningkatan drastik antara pengguna mudah-alih, yang menyebabkan carian seperti ‘car dealerships near me’ telah meningkat 3 kali ganda apabila dibandingkan pada tahun 2015 dan 2016. Mereka juga mendedahkan sebanyak 3 per 5 pembeli kenderaan di Malaysia telah mempunyai jenama kereta pilihan di minda mereka sebagai kriteria pemilihan kenderaan yang ingin dicari. Agak menarik apabila hasil carian mengenai pinjaman kenderaan turut meningkat, yang mana menunjukkan peningkatan sebanyak 21% pada tahun 2016 apabila dibandingkan pada tahun 2015.

Trend pembeli kenderaan tempatan turut berubah apabila melibatkan lawatan ke pengedar kenderaan fizikal, yang kini dikurangkan sebanyak 2 kali sahaja. Ia tidak seperti pada tahun 2013, yang mana seseorang pembeli akan melawat pengedar kenderaan fizikal sebanyak 3.5 kali sebelum membeli kenderaan.

Dengan trend yang diperlihatkan oleh Google-TNS, mereka merumuskan pengguna di Malaysia sangat menekankan kenderaan yang mempunyai khidmat selepas jualan, jumlah penggunaan minyak, dan harga jualan-balik yang baik dalam membeli sesebuah kenderaan. Bagi pengguna kenderaan mewah, mereka pula menekankan prestasi, teknologi, dan rekaan yang hadir pada kenderaan tersebut sebelum membuat pembelian.

Dengan peningkatan teknologi yang cukup pesat, pengguna di Malaysia kini lebih bijak menggunakan medium atas talian dalam mencari dan menilai sesuatu kenderaan sebelum sesuatu pembelian di buat. Bagi anda yang sedia mempunyai kenderaan sendiri, bagaimanakah anda membuat penilaian sesuatu kenderaan melalui atas talian?

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p09IHz

✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.