Hi! Welcome Back and Stay Tune! Halau keluarga berteduh, Polis Bantuan di siasat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Halau keluarga berteduh, Polis Bantuan di siasat

Halau keluarga berteduh, Polis Bantuan di siasat|“Dia layan kami macam budak-budak, malah tengking macam nak bergaduh. Kami tiga beranak terpaksa akur beredar biarpun ketika itu hujan lebat,” kata Ismail Hamid, 58.

Ismail bersama isteri dan anak perempuannya masing-masing berusia 55 dan 30 tahun adalah individu yang dimarahi polis bantuan Hospital Kuala Lumpur (HKL) ketika berteduh di masjid HKL kira-kira 3 petang semalam.

Menceritakan kembali apa yang berlaku, Ismail berkata, dia bersama isteri dan anak perempuannya ketika itu dalam perjalanan pulang daripada melawat anak lelakinya yang dimasukkan ke dalam wad akibat kemalangan pagi semalam.
Menurutnya, mereka bertiga kemudian singgah ke masjid HKL untuk menunaikan solat Zohor.

“Selesai saja solat, hujan pula turun dengan lebat menyebabkan kami terpaksa menumpang teduh di masjid terbabit. Kebetulan ketika itu isteri pula lapar, jadi anak perempuan pun keluar untuk membeli makananan.

“Bila makanan tiba, kami pun duduk di tepi untuk makan dan ketika itulah polis bantuan itu datang menegur anak perempuan kami. Lelaki terbabit berusia lingkungan awal 30-an,” katanya.

Menurutnya, berang melihat anak perempuannya tidak memakai tudung, lelaki terbabit kemudian bertindak memarahinya selain menuduh mereka tidak menghormati masjid.

“Kami yang sedang makan terkejut kerana suara lelaki terbabit agak lantang dan cara tegurannya kasar. Saya terpaksa memujuknya memberitahu kami akan beredar sebaik selesai menjamah makanan,” katanya.

Menurutnya, tidak sampai beberapa minit beredar, lelaki terbabit kemudian kembali semula ke arah mereka dan terus memarahi isterinya.

“Saya terus bangun kerana mahukan penjelasan sebenar kerana kami di sini hanya menumpang teduh. Namun saya ditengking lelaki terbabit dengan nada kasar seperti mahu bergaduh,” katanya.

Menurutnya, biarpun sedih melihat isterinya yang belum sempat menghabiskan makanan, namun dia terpaksa akur untuk beredar dari masjid terbabit.

“Kami anak beranak tidak sanggup menahan malu apabila orang sekeliling melihat kami ditengking sebegitu rupa. Hujan lebat pun kami terpaksa jugalah keluar.

“Syukur ada jemaah baik hati sudi memberi kami payung,” katanya.

Menurutnya, laporan sudah dibuat kepada pihak atasan HKL dan tindakan selanjutnya diserahkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan hospital terbabit.

“Saya tidaklah sampai tahap berdendam tetapi saya terkilan bila orang tua macam saya dilayan sebegitu. Kalau dia betul-betul pandai agama dan alim tegurlah cara baik, saya hormatkan dia, tiada masalah,” katanya.

Sementara itu, jurucakap HKL ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan berhubung insiden itu akan dijalankan.

Katanya, keterangan mangsa sudah diambil dan pihak HKL juga ingin memohon maaf atas kejadian terbabit.

Terdahulu, video memaparkan tindakan polis bantuan memarahi dua warga emas yang berteduh di masjid HKL itu menjadi tular apabila ia dimuat naik oleh anak perempuan mereka di Facebook (FB).

Video berdurasi 15 saat itu kemudian menerima 13,000 perkongsian di Facebook (FB) sehingga jam 4 petang hari ini.

Rata-rata pengguna FB tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki terbabit yang dikatakan bersikap kurang ajar memarahi dua warga emas berkenaan.

Malah, rakaman menujukkan isteri Ismail terpaksa membungkus makanan yang belum sempat dihabiskan mengundang sebak dalam kalangan pengguna FB.

 

The post Halau keluarga berteduh, Polis Bantuan di siasat appeared first on Eberita.org.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o7LBTh

✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.