Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ubahsuai Rupa-bentuk Komputer Anda Dengan Cooler Master MasterCase Maker 5t - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ubahsuai Rupa-bentuk Komputer Anda Dengan Cooler Master MasterCase Maker 5t

Kerangka komputer senantiasa menjadi benda pertama yang dilihat oleh sesiapa apabila anda membina sistem komputer anda sendiri. Kerangka yang menarik boleh menjadi titik permulaan perbualan orang ramai, walaupun komponen dalaman tidak semestinya yang paling berkuasa.

Cooler Master baru sahaja mengumumkan bahawa cangkerang PC terbaru mereka, Cooler Master MasterCase Maker 5t kini boleh dibeli di kedai-kedai komputer di Malaysia. Cangkerang MasterCase Maker 5t ini mempunyai rekaan yang dikemaskini dan dinaik-taraf daripada cangkerang pendahulunya.

Dari segi rekaan, cangkerang MasterCase Maker 5t ini masih berwarna hitam, tetapi ia hadir dengan calitan merah di beberapa bahagian cangkerang tersebut, termasuklah di bahagian tepi, casis dalaman dan sebagainya.

Sistem modular FreeForm Cooler Master membolehkan anda membuka hampir kesemua bahagian cangkerang MasterCase Maker 5t ini, dan anda boleh menggunakan bahagian-bahagian yang anda perlukan, dan disamping itu, anda juga boleh mengubahsuai bahagian-bahagian tersebut untuk menepati citarasa anda.

Selain dari itu, cangkerang ini juga hadir dengan pengawal kelajuan kipas dan kecerahan lampu LED, dan juga side panel yang menggunakan tempered glass di kedua-dua belah cangkerang tersebut, dan ini membolehkan anda mengagumi binaan dalaman komputer anda.

Menurut Cooler Master, cangkerang Cooler Master MasterCase Maker 5t kini dijual di kedai-kedai perkakasan komputer di Malaysia untuk harga RM999. Jika anda berminat untuk membina sistem komputer yang boleh diubahsuai sesuka hati, cangkerang ini mungkin sesuai dengan kehendak anda.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p8YFf6

✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.