Mark Shuttleworth Kembali Menjadi CEO Untuk Canonical
Canonical, syarikat disebalik Ubuntu telah mengumumkan beberapa perubahan baru-baru ini. Antaranya adalah dimana mereka akan menamatkan pembangunan Unity8 dan kembali kepada persekitaran desktop GNOME pada versi akan datang Ubuntu.
Selain daripada itu, projek Ubuntu Phone dan Ubuntu Tablet juga ditamatkan, sebaliknya mereka akan lebih memfokuskan kepada pembangunan projek IOT, untuk pelayan dan mengekalkan pembangunan Ubuntu untuk desktop seperti biasa.
Kini, lanjutan daripadanya, Canonical turut mengumumkan perubahan pada tampuk pengurusan syarikat berkenaan. Jane Silber yang bertugas sebagai CEO sedia ada akan meninggalkan jawatan berkenaan, dan pengasasnya Mark Shuttleworth akan kembali menjadi ketua pegawai eksekutif untuk Canonical.
Dengan perubahan Canonical dibawah pengasasnya kini, mungkin kita akan melihat beberapa perubahan baru hadir pada Ubuntu dan juga projek-projek disebaliknya dalam masa terdekat kelak.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nGLW33✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment