Hi! Welcome Back and Stay Tune! Neelofa Tersenarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Neelofa Tersenarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017

Neelofa Tersenarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017 | Pelakon Malaysia, Neelofa, merupakan antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 28, pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn. Bhd., tersenarai di bawah kategori Runcit dan E-dagang.
Beliau menjalankan beberapa perniagaan termasuk jenama pakaian wanita Muslimah, “Neelofar Hijab”.
Senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017 itu menampilkan 300 penginovasi muda, usahawan dan peneraju yang membawa impak besar kepada dunia hari ini.
Semua individu yang menerima penghargaan itu berusia di bawah 30 tahun dan dipilih oleh para penilai yang merupakan antara tokoh terkemuka dalam bidang mereka masing-masing.
Selain Runcit dan E-dagang, kategori lain termasuklah Teknologi Pengguna, Teknologi Perusahaan, Hiburan dan Sukan, Seni, Kewangan dan Modal Teroka, Industri, Pembuatan dan Tenaga, Penjagaan Kesihatan dan Sains, Usahawan Sosial dan Media, Pemasaran dan Pengiklanan.
“Senarai Forbes 30 Under 30 Asia tahun ini menonjolkan kepelbagaian bakat di rantau yang luas ini, dengan 300 usahawan muda mengagumkan daripada segenap lapisan masyarakat berusaha keras meningkatkan inovasi,” kata Editor Kanan Digital, Asia at Forbes Media, Rana Wehbe dalam satu kenyataan, di sini.
“Suatu yang menarik adalah melihat bagaimana golongan muda ini menggunakan teknologi bagi menginovasikan industri mereka, memperkasakan masyarakat mereka dan menangani halangan budaya.
“Senarai tahun ini, terutamanya, menampilkan banyak individu wanita di Asia yang menyokong perubahan sosial, lari daripada stereotaip dan prejudis untuk memberi contoh positif apa yang boleh dicapai oleh wanita di rantau ini,” katanya.
Turut termasuk dalam senarai 30 Under 30 Asia itu ialah Kavin Bharti Mittal dari India, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hike Messenger, Josiah Humphrey & Mark McDonald (Australia, Pengasas Bersama Appster), Suboi (Vietnam, artis Hip Hop) Liu Wen ( China, Supermodel Antarabangsa), Chenyao Zhou (China, Rakan Kongsi di Longling Capital), Gibran Huzaifah Amsi El Farizy (Indonesia, Pengasas eFishery), Yuki Shimahara (Jepun, Pengasas LPixel Inc), Daroath Phav (Kemboja, Pengarah WaterSHED), Hyungcheol Lim & Goeun Choe (Korea Selatan, Pengasas Bersama Gameberry).
Kriteria pemilihan bagi senarai tersebut termasuklah kepimpinan dan inovasi dalam bidang mereka, pemikiran keusahawan dan keputusan yang dicapai, serta kemungkinan menukar bidang mereka dalam tempoh separuh abad akan datang.
Menurut Forbes, lebih 1,200 penyertaan diterima, tetapi hanya 300 pemohon memasuki senarai akhir.
Bagi mendapatkan senarai lengkap, berita rencana dan video eksklusif, boleh layari laman web http://ift.tt/2oZ3xU9.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pxBBTt

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita OMG™


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.