Pelakon ‘Kill Me Heal Me’ Meninggal Dunia Akibat Kanser Pankreas
Dramatis senior yang popular menerusi drama seperti Kill Me Heal Me dan Doctors, Kim Young Ae, dilaporkan meninggal dunia pada 9 April lalu lalu selepas menderita akibat kanser pankreas.
Pelakon yang sinonim dengan karakter nenek ini menghembuskan nafas terakhir di usia 66 tahun
Pada tahun 2012, Kim Young Ae pernah menjalani pembedahan membuang kansernya dan disahkan sudah sembuh.
Namun malangnya, kanser tersebut kembali menyerang semula ketika dia baru memulakan penggambaran drama terbitan KBS yang baru saja tamat tayangannya, Laurel Tree Tailors.
Bagaimanapun Kim Young Ae tetapi komited dan menjalani syuting drama tersebut sehingga selesai penggambaran.
Menerusi drama Kill Me Heal Me, Kim Young Ae memainkan peranan sebagai nenek kepada Cha Do Hyun yang dilakonkan oleh Ji Sung. Manakala dalam drama Doctors, dia memengang watak nenek kepada Yoo Hye Jung lakonan Park Shin Hye.
Selain itu, beliau juga pernah membintang drama fenomena seperti Moon Embraces The Sun, Mirror of the Witch, Birth of A Beauty serta filem pecah panggung antaranya Operation Chromite dan The Attorney.
Sementara itu, jenazah Kim Young Ae akan disemadika di pusat rawatan Yonsei Severance, di daerah Sinchon-dong, Seodaemun, Korea Selatan.
The post Pelakon ‘Kill Me Heal Me’ Meninggal Dunia Akibat Kanser Pankreas appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oDoO4J✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment