Hi! Welcome Back and Stay Tune! Staydilly Ingin Membolehkan Pengguna Tempah Hotel Mewah Pada Harga Rendah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Staydilly Ingin Membolehkan Pengguna Tempah Hotel Mewah Pada Harga Rendah

Dengan perkembangan arena pelancongan, salah satu industri yang secara langsung menerima permintaan tinggi adalah perhotelan. Perkhidmatan seperti Airbnb sedia menawarkan kos rendah untuk mereka yang ingin melancong, dan tidak kurangnya beberapa laman lain yang memudahkan pengguna membuat tempahan hotel pada harga rendah.

Staydilly

Kini, salah satu laman daripada Malaysia yang turut memfokuskan arena sama adalah Staydilly. Berbeza dengan yang lain, Staydilly ingin menawarkan diskaun tinggi untuk tempahan hotel mewah. Staydilly mengatakan mereka menawarkan tempahan hotel 3-5 bintang melalui platform mereka, dan dilihat berharga sehingga 60% lebih rendah berbanding kebiasaan.

Walaubagaimanapun, salah satu perkara yang menjadi kekangan adalah dimana nama hotel berkenaan tidak akan diperlihatkan kepada anda sehingga anda membuat tempahan. Pengguna boleh memilih lokasi, dan melihat gambar hotel berkenaan – tetapi nama hotel berkenaan hanya akan diperlihatkan selepas pengguna membuat tempahan.

Bagi anda yang sedang mencari hotel, mungkin boleh menyemak laman Staydilly, dan melihat sendiri apa yang ditawarkan oleh mereka.

Layari : Staydilly

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o9LRQP

✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.