Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Kerajaan sengaja enggan turunkan harga kereta' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Kerajaan sengaja enggan turunkan harga kereta'



Ulasan Dr Khairuddin Aman Razali

Pada 4 April lalu, saya menerima jawapan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri terhadap soalan saya berkenaan janji kerajaan untuk menurunkan harga kereta sehingga 30 peratus menjelang 2018 dan kesediaan mereka untuk menghapuskan duti eksais.

Soalan itu berikutan janji yang telah dikemukakan oleh BN dalam manifesto mereka pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu.

Jawapan tersebut menjelaskan, bagi tempoh 2013 hingga 2015, harga kereta telah turun sebanyak 14.68 peratus namun meningkat semula sebanyak 2.13 peratus pada 2016, menjadikan penurunan keseluruhan harga kereta sehingga 2016 hanyalah sebanyak 12.55 peratus.

Dinyatakan juga bahawa kerajaan tiada perancangan untuk mengkaji dan menstruktur semula cukai eksais kenderaan.

Berdasarkan jawapan yang diberikan, ia menunjukkan satu lagi janji yang gagal ditunaikan oleh kerajaan, atau lebih tepat, sebenarnya kerajaan sengaja tidak mahu menunaikan janji tersebut kerana ada cara bagi mengurangkan harga kereta.

Mendukacitakan juga apabila kementerian terbabit menyatakan, harga kereta tidak ditetapkan oleh kerajaan, sebaliknya dintentukan oleh syarikat-syarikat pengeluar dan pemasang kenderaan berdasarkan faktor pasaran (market forces).

Kenyataan itu menunjukkan seolah-olah kerajaan mahu berlepas tangan dengan janji yang telah diumumkan kepada rakyat.

Soalnya, jika sungguh alasan ini menjadi penghalang kepada kerajaan untuk menurunkan harga kereta, kenapa berjanji kepada rakyat?

Baca Juga : 
  1. 'Kami beli kenderaan Proton sebab sokong kenderaan keluaran Negara Islam'
  2. Menteri : Proton gagal, gajah putih Dr M

Buat orang bankrap

Sedangkan, keperluan untuk kerajaan menurunkan harga kereta amat mustahak memandangkan 36 peratus daripada jumlah yang diisytiharkan muflis di negara ini ialah kerana hutang kenderaan.

Namun, realiti harga kenderaan yang mahal di negara ini sudah diketahui dan diakui, sehingga Malaysia pernah disenaraikan di kedudukan 10 tertinggi sebagai negara paling mahal untuk memiliki kereta di dunia oleh sebuah portal antarabangsa.

Harga kereta di negara ini juga lebih mahal berbanding negara Asean lain seperti Thailand.

Harga yang mahal ini disebabkan adanya duti eksais yang dikenakan pada kadar sangat tinggi iaitu 65 peratus hingga 125 peratus bagi sesebuah kenderaan.

Contohnya, kereta Proton Preve Premium 1.6 - yang dijual pada harga melebihi RM72,000 - jika tanpa duti eksais harganya hanya sekitar RM45,000 sahaja.

Sekalipun tempoh pinjaman kenderaan di negara ini agak panjang dan menjadikan seseorang itu berkemampuan memiliki kenderaan, kesannya membawa kepada peningkatan hutang isi rumah sehingga boleh menyebabkan seseorang bankrap.

Oleh itu, sebagai penyelesaian terhadap isu ini, saya menggesa kerajaan supaya hasil cukai duti eksais yang berjumlah RM7 bilion hingga RM10 bilion itu dipulangkan semula kepada rakyat menerusi pemberian rebat untuk pembelian kereta, terutamanya kepada pembeli kereta pertama yang dikategorikan sebagai B40.

Selain itu, saya juga mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan pinjaman kenderaan berasaskan al-qard hassan menerusi institusi khas (seperti PTPTN untuk pinjaman pendidikan).

Ini sangat penting bagi mengurangkan unsur perniagaan dan keuntungan yang keterlaluan dalam perkara yang melibatkan keperluan rakyat marhaen.

Tambah pula, memiliki kenderaan adalah sesuatu yang penting bagi menjamin kebahagiaan seseorang seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW (bermaksud): "Antara kebahagian anak Adam (ada) tiga perkara dan antara kecelakaan anak Adam juga tiga perkara. Antara kebahagiannya ialah wanita yang solehah, kediaman yang baik dan kenderaan yang selesa. Dan antara kecelakaan anak Adam ialah wanita yang jahat, kediaman yang tidak baik dan kenderaan yang tidak bagus." (Hadis dinilai sahih oleh Syeikh al-Albaani)

Sumber Malaysia KINI
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pw0P4D

✍ Sumber Pautan : ☕ PEJAM KELIP


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.