Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan dipakaikan tangkal jika anak kecil kuat menangis malam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan dipakaikan tangkal jika anak kecil kuat menangis malam

Perkongsian oleh Ustaz Mohd Muzahidin Dolah mengenai amalan masyarakat yang masih berlaku dimana bayi yang sering nangis malam dipakaikan tangkal dan azimat yang diberikan oleh pengamal perubatan/bomoh. Baca lagi:

Sepasang Suami isteri datang merawat anak kecil yang kuat menangis malam. Sebabkan tak tahan bawa baby berusia 9 bulan tu datang jumpa saya..

Sebelum datang Ibu Bapa ini ada bawa jumpa seorang bomoh dan di beri tangkal dengan tujuan pendinding..
Ternyata tindakan itu salah mengakibatkan anak kecil lagi kuat menangis bila pulang ke rumah..

Bila datang jumpa saya, tanpa buang masa saya ruqyah kan si ibu dahulu. Semasa di ruqyah rupanya Jin itu sudah menumpang di dalam badan si Ibu. Si Ibu menjerit sekuat hati tanpa ia sedar. Selesai rawat si Ibu barulah saya rawat anak nya pula..

Syukur Alhamdulillah izin Allah di permudahkan semuanya. Nasihat saya jika anak kecil anda menangis janganlah cari pegamal Perubatan Islam yang menggunakan tangkal azimat macam gambar d atas, gunakan Benang ,gunakan duit syiling dan macam-macam lagi.Semua cara itu salah di sisi agama, walaupun Benang yang di pakai pada anak kecil di baca ayat suci Al Quran , ia tetap salah dan menjadi satu tangkal azimat. Sebagai contoh..

Anak anda di pakai kan Benang di tangan,di leher dan di kali ,tiba-tiba tangkal itu putus.. kita jadi takut alamak mesti Jin ganggu balik anak kita.. kita dah percaya pada Benang yang di pakai tu, kita tak Yakin Terus dengan Allah Tetapi sebaliknya kita lebih percaya Yakin pada Benang yang di pakai itu .Sebab itulah ia menjadi salah. Kebanyakan Benang @ tangkal azimat dengan Tujuan pendinding semuanya salah kerana kebanyakan tangkal itu ada pendamping Jin. Benda ini amat remeh tapi jika di ambil mudah perkara ini boleh merosakkan akidah kita sendiri..

Moga kita di jauhkan dari mempercayai ini semua dan moga kita semua sentiasa di dalam lindungan Allah
Aamiin..

#tangkalAzimat
#TidakBeriKebahagiaan
#SebaliknyaPastiMemakan
#DiriSendiri..

The post Jangan dipakaikan tangkal jika anak kecil kuat menangis malam appeared first on The Alternatif.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ovvgdU

✍ Sumber Pautan : ☕ The Alternatif


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.