Ada Pihak Cuba Hancurkan Kebahagiaan Rebecca
Ekoran kerap diganggu pengikut misteri sejak kebelakangan ini, pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam, 32, akhirnya membuat laporan polis dan Suruhanjaya Multimedia Malaysia (SKMM), beberapa hari lalu.
Memetik laporan Harian Metro, pelakon itu mendakwa individu berkenaan kerap menggunakan akaun palsu berbeza di laman sosial Instagram bertujuan memburuk-burukkannya kepada rakan-rakan selain cuba menghuru-harakan rumah tangganya.
“Saya mula menyedari niat buruknya itu apabila beberapa rakan menghubungi saya mengenai perkara yang berunsur fitnah terhadap diri saya.
“Saya dimaklumkan individu terbabit menghantar mesej peribadi menerusi Instagram memburuk-burukkan saya kepada rakan-rakan rapat saya.
“Dia bukan saja memburukkan diri saya, tetapi turut menyentuh mengenai hal rumah tangga dengan niat mahu menghancurkan kebahagiaan saya,” katanya.
Rebecca berkata, dia kini bahagia dengan suami, Datuk Noor Azam Sulaiman.
“Saya tidak ganggu hidup orang lain dan saya sangat bahagia sekarang. Saya pun tidak tahu apa tujuan individu itu cuba buruk-burukkan saya.
“Nasib baik rakan-rakan saya tidak terus percaya dan bertanyakan sendiri kesahihan mesej itu kepada saya,” katanya.
The post Ada Pihak Cuba Hancurkan Kebahagiaan Rebecca appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ovrG37✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment