Hi! Welcome Back and Stay Tune! Buka Tudung, Sara Ali mohon doa peminat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Buka Tudung, Sara Ali mohon doa peminat

Hangat kisah pelakon popular, Sara Ali yang telah tidak bertudung selepas hampir setahun berhijab.

Katanya, keputusan itu diambil lantaran tidak mahu terus dibelenggu perasaan serba salah dengan masyarakat terutama peminatnya.

“Apa yang saya lakukan ini bukanlah sesuatu yang patut saya banggakan.

“Tetapi, selepas lama berfikir, saya dah tak mampu untuk terus mendiamkan diri.

“Keputusan ini juga diambil selepas berbincang dengan keluarga dan beberapa orang penting di dalam industri,” katanya dalam satu pengakuan eksklusif menerusi FB Live.

Menerusi pengakuan itu, Sara mengakui tindakannya berhijab bukan kerana kehendak sendiri sebaliknya atas ‘sesuatu’.

Bagaimanapun, pelakon berusia 28 tahun ini enggan mengulas lanjut mengenai ‘sesuatu’ itu.

“Saya akui saya lakukannya bukan kerana diri sendiri atau ALLAH tapi kerana ‘sesuatu’.

“Keadaan itu buat saya hidup dalam keadaan tak tenang, tidur pun tak lena. Jadi, sampai bila saya mahu hidup dalam keadaan ini?

“Saya tak mahu terus hipokrit dan hidup dalam keadaan serba salah.

“Jadi, saya ambil keputusan untuk perbetulkan keadaan dengan cara baik.

“Saya minta maaf kepada semua terutamanya kepada semua peminat yang terus menyokong saya,” katanya.

Pada masa sama, pelakon filem Kami Histeria ini mengakui bersedia untuk berdepan dengan reaksi peminat dan masyarakat.

“Saya sedar ini silap saya kerana tidak berfikir menggunakan akal sebaik-baiknya.

“Saya juga tahu, keadaan ini akan memberi impak sama ada positif atau negatif terhadap karier.

“Saya meminta maaf sekali lagi kerana tidak menjadi diri sendiri. Namun, saya dah mencuba yang terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, Sara juga membuka ruangan komen di laman Facebook dan Instagram peribadi sebagai tanda menerima reaksi peminat terhadap isu ini.

“Saya bersedia terima apa saja respons peminat sama ada positif atau negatif.

“Tapi, apa yang paling saya ingini adalah doa daripada peminat,” katanya.

The post Buka Tudung, Sara Ali mohon doa peminat appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o7SdjL

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.