Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lee Jun Ki Tulis Surat Minta Maaf - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lee Jun Ki Tulis Surat Minta Maaf

Baru-baru ini kecoh mengenai berita Lee Jun Ki dan Jeon Hye Bin dalam diam mejalinkan hubungan selepas foto-foto mesra pasangan ini tersebar di internet.

Agensi kedua-dua selebriti ini sudah pun mengeluarkan kenyataan mengesahkan bintang Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo dan model cantik ini memang berpacaran.

Selepas agak lama berdiam, akhirnya pada 10 April lalu, Lee Jun Ki memuat naik sepucuk surat yang diberi tajuk “Untuk Keluargaku Tersayang” di fancafe.

Akotr berusia 34 tahun ini meminta maaf mengenai hubungannya dengan Jeon Hye Bin serta kontroversi program realiti ‘My Ear’s Candy’.

“Pertama-tamanya, saya minta maaf kerana terlambat berkongsi tentang hal ini. Saya ingin membalas kepercayaan dan waktu kamu semua dengan menunjukkan sisi terbaik saya, tapi hati saya berasa berat memikirkan kalau keluarga ini (para peminat) akan terkejut dan bingung dengan situasi yang secara tiba-tiba.

“Walaupun hal ini mungkin mengejutkan tetapi saya ingin berkongsi perasaan saya yang sebenarnya bersama kamu semua. Rasanya asing bagi saya untuk meluahkan perasaan pada keluarga yang saya temui di dunia pekerjaan, jadi kerana itu saya ambil masa sedikit.

“Dia orang yang ceria dan sangat memahami saya. Disebabakan kami rasa kami perlu berhati-hati, keran itu saya tidak yakin bagaimana untuk berkongsi kepada kamu semua.

“Saya harap aku dapat memberitahu kamu semua dengan cara dan di waktu yang lebih baik, tapi semuanya tidak berjalan seperti yang saya inginkan jadi saya minta maaf. Maaf dan terima kasih kerana telah menyokong dan mengambil berat tentang diri saya.

“Mengenai sikap saya ketika di ‘My Ear’s Candy, saya akui berasa bertanggung jawab. Saya minta maaf kepada mereka yang telah menyayangi saya dan semua orang yang terlibat.

“Saya berjanji akan menunjukkan sikap yang lebih baik dan berhati-hati pada masa akan datang. Dan saya akan berusaha lebih keras untuk membalas cinta dan kepercayaan kamu semua mdengan memberikan hasil lakonan yang baik selepas ini.

“Saya harap kamu semua tidak sedih dan penat kerana saya. Saya harap kamu semual menjalani malam yang indah dan saya harap setiap hari kamu semua dipenuhi kebahagiaan. Terima kasih dan terima kasih sekali lagi,” luahnya.

The post Lee Jun Ki Tulis Surat Minta Maaf appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nHADHT

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.