Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tanggal Tudung Bukan Kerana Mahu Berlakon - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tanggal Tudung Bukan Kerana Mahu Berlakon

Seminggu selepas tercetus kontroversi membuka tudung, pelakon, Sara Ali, 27, akhirnya tampil mengakui tindakannya itu berpunca daripada dirinya sendiri yang berdepan konflik dalaman.

Memetik laporan BH online, Sara berkata, mengakui segala kesilapan adalah daripada dirinya sendiri.

Jelasnya, keputusan untuk bertudung pada Januari tahun lalu didorong beberapa faktor yang enggan didedahkan.

“Keputusan itu saya lakukan tanpa berfikir panjang. Pada masa sama, tindakan membuka tudung ini bukanlah didorong keinginan untuk berlakon semula ataupun saya tidak mendapat sebarang tawaran kerja ketika berhijab.

“Saya masih menerima undangan berlakon, cuma menolaknya dengan cara baik selain memilih karakter yang sesuai,” katanya.

Sara berkata, selepas memutuskan untuk berhijab, beliau sedar ia dilakukan bukan atas niat yang betul.

“Saya ingat saya sudah bijak, tetapi sebenarnya saya masih bodoh,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Sara dikatakan membuka tudung selepas lebih setahun mengenakan imej berkenaan apabila gambarnya tidak berhijab bersama seorang lelaki ketika berada di Shanghai, China, tersebar di alam maya.

The post Tanggal Tudung Bukan Kerana Mahu Berlakon appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pbyQbk

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.