Western Digital Hadir Dengan Pemacu Storan Luaran Yang Turut Boleh Mengecas Laptop Anda
Western Digital mempunyai beberapa penawaran pemacu storan luaran untuk pengguna, dan terkini mereka hadir dengan WD G-Drive USB-C, sebuah storan luaran yang hadir dengan sokongan USB-C, dan penawaran storan sehingga 10TB.
Cakera keras luaran ini menggunakan cakera keras biasa, dan bukannya SSD. Kelebihan yang ditawarkan adalah sokongan kebolehan mengecas peranti pada masa yang sama ketika ia dihubungkan kepada komputer riba untuk mengakses storan.
Perkara ini mungkin tidak menjadi minat ramai pengguna. Walaubagaimanapun, Western Digital dilihat mempunyai kumpulan sasaran tersendiri – terutamanya MacBook Pro yang hanya hadir dengan hanya satu port USB-C sahaja. Melalui kebolehan mengakses storan tambahan dan mengecas peranti, ia semestinya akan menjadi minat para pengguna MacBook Pro yang terikat dengan hanya satu port sahaja.
Buat masa ini, G-Drive USB-C ini hanya ditawarkan di Amerika Syarikat sahaja dengan pilihan ruangan storan 4TB, 8TB dan 10TB.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pao4Cd✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment