Ahmad Zahid tak akan jadi PM, kata Zam
Bekas menteri Umno, Tan Sri Zainudin Maidin berpandangan kerjaya politik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya sesuai sekadar sebagai timbalan perdana menteri sahaja.
Mengulas pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Tugas-tugas khas di Jabatan Perdana Menteri, beliau berkata Ahmad Zahid akan hanya menjadai timbalan buat selamanya, itupun jika beliau tidak menderhaka.
“Perlantikan ini sekali gus mengesahkan masa depan negara di dalam tangan Hishammuddin sebagai Perdana Menteri..
“Beliaulah bakal Perdana Menteri Malaysia dan Ahmad Zahid hanya sekadarkan sesuai untuk menjadi timbalan perdana menteri buat selamanya, kata bekas ketua pengarang Utusan Malaysiaitu dalam tulisan terbaru dalam blog.
Beliau yang terkenal dengan panggilan Zam, berhujah bahawa pelantikan itu membuktikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sanggup melakukan segala-galanya untuk mempastikan Hishammuddin menggantikannya, termasuk mengambil risiko tinggi menyekat hasrat bergelora Ahmad Zahid untuk menjadi perdana menteri.
Baca Juga :
Menurut Zam, Najib bertindak sedemikian dalam keadaan krisis keyakinan rakyat terhadapnya sedang memuncak dan dalam keadaan ramai melihat Ahmad Zahid sebagai pengganti.
Katanya, Ahmad Zahid adalah seorang yang popular dalam parti, yang jauh melebihi Hishammuddin.
Walau bagaimanapun, dengan melantik Hishammuddin sebagai Menteri Tugas-tugas khas, Najib menunjukkan bahawa difikirkannya Zahid hanya layak menjadi Timbalan Perdana Menteri.
“Ahmad Zahid mesti menerima hakikat bahawa pada pandangan Najib beliau hanya layak sekadar menjadi timbalan perdana menteri sepeerti Tun Dr Mahathir Mohamad menilai Tun Gafar Baba tetapi Najib lebih telus dalam hasratnya tanpa membaling batu sembunyi tangan.
“Beliau tidak secara langsung telah memberitahu negara Hishamuddin lah perdana menteri walaupun demoralising Ahmad Zahid,” kata Zam.
Zam berkata, Hishammuddin yang telah terjamin masa depannya tidak boleh menasihatkan orang ramai dari membuat berbagai andaian.
Sedangkan, Ahmad Zahid terpaksa menelannya dengan pahit apabila membuat kenyataan menerima baik perlantikan Hishamuddin itu.
“Ia adalah ibarat isteri pertama yang memberikan senyuman pahit dalam mengizinkan suami beristeri dua kerana takdir dan jodoh,” katanya.
Jika Ahmad Zahid mahu mengekalkan statusnya, Zam berkata, beliau perlu menerima pelantikan Hishammuddin, walaupun ia begitu pahit.
Najib, semalam mengumumkan pelantikan Hishammuddin yang berkuat kuasa serta-merta. Hishammuddin, yang juga sepupu Najib, akan juga terus menerajui portfolio pertahanan.
Tidak lama selepas pengumuman itu, timbul spekulasi bahawa Najib sedang mempersiapkan Hishammuddin untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negara dan bahawa ini tidak memberikan petanda baik untuk Ahmad Zahid.
Najib memecat timbalannya seelum Zahid, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam rombakan kabinet pada Julai 2015. Pejam Kelip
Sumber : MK
✍ Sumber Pautan : ☕ PEJAM KELIP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment