‘Ada yang mahu jatuhkan imej saya’
Ketua Pemuda Cawangan Bandar Bukit Jalil, Datuk Nur Aliff Mohd Tafid tampil memberi penjelasan menafikan beliau bertindak ganas dengan memukul seorang lelaki seperti ‘disiarkan’ dalam portal Sinar Online.
Menurutnya, kenyataan itu adalah tidak benar sama sekali dan tidak boleh diterima beliau.
“Saya tahu pihak Sinar Harian tidak pernah menyiarkan perkara ini di media sosial.
“Terdapat individu tertentu yang mengedit dan mengaitkan Sinar Online untuk melakukan propaganda bagi menjatuhkan imej saya sebagai seorang Ketua Pemuda Bandar Bukit Jalil.
“Dalam soal ini, saya tidak salahkan pihak Sinar dan menyalahkan orang yang cuba buat cerita tidaK benar mengenai diri saya,” katanya kepada Sinar Harian.
Begitupun, Nur Aliff tidak menafikan berlakunya pertelingkahan antara beliau dan lelaki berkenaan.
“Tindakan saya adalah cuma pukul (lempang) pemandu itu dan tidaklah sehingga teruk dan dibawa ke hospital.
“Dakwaan kononnya saya diheret ke Balai Polis Bukit Jalil atau IPD Serdang untuk tindakan seterusnya juga palsu,” katanya.
The post ‘Ada yang mahu jatuhkan imej saya’ appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ojTRmR✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment