Hi! Welcome Back and Stay Tune! Salman Khan Adakan Konsert Di Malaysia Selepas Sedekad - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Salman Khan Adakan Konsert Di Malaysia Selepas Sedekad

KUALA LUMPUR: Selepas hampir 10 tahun, superstar Bollywood Salman Khan akan mengadakan konsert di Malaysia pada 14 April ini di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) dekat sini.

Pelakon dan penerbit dari India berusia 51 tahun yang sering membawa watak utama dalam beberapa filem seperti Sultan, Dabang dan Bajrangi Bhaijaan dijangka akan memberikan persembahan menakjubkan dalam konsert ‘Da-Bangg The Tour – Live In Malaysia‘ yang dibawakan oleh GHC Solutions Sdn Bhd.

Pengerusi GHC Solutions Datuk Geethanjali G berkata Salman akan menjelajah bersama bintang Bollywood lain seperti koreografer India terkenal Prabhu Deva, Tamanaah, Bipasha Basu, Badshah, Manish Paul dan Daisy Shah.

“Tiket berharga RM111, RM333, RM555, RM777, RM999 dan RM2,222 boleh dibeli menerusi RedTix secara dalam talian di http://ift.tt/1aoEfvg,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Malaysia merupakan pembuka tirai kepada konsert jelajah itu sebelum meneruskannya di Hong Kong, Auckland, Sydney dan Melbourne sebagai lokasi terakhir.

Konsert itu akan melibatkan 100 orang terdiri daripada penari dan pemuzik dari India dan Malaysia.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2np1ELv

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.