Hi! Welcome Back and Stay Tune! Khairy Lepaskan Larian Baton Bangkit Bersama Di Thailand - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Khairy Lepaskan Larian Baton Bangkit Bersama Di Thailand

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

BANGKOK: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyertai Larian Baton Bangkit Bersama sempena Sukan SEA Kuala Lumpur dan Sukan Para ASEAN 2017 di sini, hari ini.

Walaupun hujan renyai, beliau menyertai rakan sejawatannya dari Thailand Kobkarn Wattanavrangkul melepaskan peserta larian sejauh 24 kilometer (km) di hadapan Stadium Tertutup Huamark di sini.

“Walaupun setiap negara diminta untuk menganjurkan Larian Baton 10km, Thailand, jiran terdekat kita, mengadakan larian terpanjang dengan peserta teramai,” katanya semasa majlis perasmian larian itu hari ini.

Ini katanya, menunjukkan hubungan rapat antara Malaysia dan Thailand kerana kedua-dua negara menyambut ulang tahun ke-60 hubungan dua hala tahun ini.

Khairy berkata Malaysia melihat Thailand dari segi kecemerlangan sukan kerana negara itu telah memenangi banyak pingat emas di pertandingan sukan peringkat tertinggi.

Bagaimanapun, beliau berjanji akan memberikan yang terbaik untuk atlet Thailand semasa Sukan SEA Kuala Lumpur Ogos ini dan Suka Para ASEAN pada September.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Thailand kerana berjaya menganjurkan larian baton itu, Khairy juga menjemput semua rakyat Thailand agar datang ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan dan menyokong pasukan mereka semasa dua acara sukan utama di rantau Asia Tenggara itu.

Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-8, dikenali sebagai ‘Kuala Lumpur 2017’ akan diadakan masing-masing dari 19 hingga 31 Ogos dan 17 hingga 23 September.

Destinasi Larian Baton Bangkit Bersama seterusnya akan diadakan di Vietnam bulan ini.

Sementara itu, Kobkarn dalam ucapannya semasa majlis perasmian itu berkata sukan perlu dirai dan disertai oleh semua orang dan tidak boleh dihalang oleh mana-mana kepercayaan politik.

Usaha Malaysia menganjurkan larian baton pertama di seluruh rantau ini bersempena Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN harus dipuji dan diharap ia akan diteruskan oleh pihak penganjur yang lain, katanya.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussain dan Gabenor Lembaga Sukan Thailand, Sakon Wannapong. – BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oJfxVL

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.