Hajat Woods Beraksi Masters 2017 Berkecai
TIGER Woods mengumumkan hari ini dia ‘tewas’ dalam pertarungannya untuk kembali cergas bagi menghadapi Masters dengan mengakui belum bersedia mengharungi pertandingan major pertama tahun ini. – Foto Reuters
WASHINGTON: Tiger Woods mengumumkan hari ini dia ‘tewas’ dalam pertarungannya untuk kembali cergas bagi menghadapi Masters dengan mengakui belum bersedia mengharungi pertandingan major pertama tahun ini.
Malah, Woods yang juga juara 14 kejuaraan major tidak dapat mengesahkan bila dia akan kembali beraksi sejak menarik diri daripada Dubai Desert Classic, pada 3 Februari lalu kerana masalah belakang.
Woods membuat kemunculan semula Disember lalu selepas tidak dapat beraksi sepanjang musim 2015 dan 2016 kerana menjalani pembedahan.
“Malangnya, saya tidak dapat beraksi di saingan Master tahun ini. ,
“Saya sudah melakukan segala-galanya untuk membolehkan saya beraksi.
“Namun pemulihan kecederaan belakang saya tidak membenarkan saya untuk menyertainya. Saya kecewa kerana ia adalah ulang tahun istimewa buat saya dengan banyak kenangan manis.
“Sukar untuk saya percaya ia sudah 20 tahun berlalu sejak saya mula memenangi jaket hijau buat pertama kali, ” kata Woods menerusi laman webnya.
Woods merakam kejayaan bersejarah di Augusta National pada 1997 ketika berusia 21 tahun untuk muncul pemain termuda memenangi Masters dan melakar rekod menjuarainya dengan kelebihan 12 pukulan dengan jumlah 18 bawah par.
“Saya belum ada jadual bila saya akan kembali tetapi saya akan terus berusaha untuk pulih dan akan kembali secepat mungkin,” kata Woods.
AFP
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ok3f9O✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment