10,000 Orang Bakal Banjiri Dewan Suarah Bintulu 31 Ogos Ini
KUCHING: Dianggarkan seramai 10,000 orang membanjiri perkarangan Dewan Suarah, Bintulu pada 31 Ogos 2017 bagi merayakan hari kebangsaan 2017 di peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan di bandar raya ini.
Menteri Utiliti, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, sebelumnya pada 30 Ogos, majlis kesyukuran akan diadakan di Masjid Assyakirin dimana majlis tersebut bakal dihadiri oleh seramai 1500 orang termasuk orang-orang kenamaan, menteri-menteri, ketua-ketua jabatan dan sebagainya.
“Pada sebelah malamnya kita akan mengadakan ambang hari kebangsaan sebelum jam 12 tengah malam di Esplanet Bintulu.
“Kita mengharapkan orang ramai sama-sama dapat menyaksikan kemeriahan malam tersebut,” katanya.
Tambahnya, selain itu,malam tersebut akan dimeriahkan dengan kahadiran artis-artis tempatan Bob Yusuf Akedemi Fantasia, Nurul Shida, Nurafizah Busman, Mail Imran, Dayangku Fadillah, Ricky Anderson, Band D’Cipta, Fikon Group dan ramai lagi.
Rundi berkata, Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Abdul Rahman dijangka turut hadir pada malam tersebut.
Sementara itu, acara kemuncak pada 31 Ogos Perhimpunan dan Perarakan Kebangsaan akan diadakan di perkarangan Dewan Suarah Bintulu.
“Setakat ini ada 80 kontijen yang akan diserti lebih kurang 3380 orang pserta-peserta yang terlibat dalam perarakan tersebut,” ujarnya.
Beliau meneyeru rakyat Sarawak untuk bersama-sama merayakan kegemilangan dan pencapaian kita dalam Malaysia.
“Kita juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana membuatkan keadaan harmoni dan aman damai.
“Kesejahteraan yang kita alami pada saat ini adalah hasil daripada penyatuan kita dengan tanah melayu, Sabah termasuk Sarawak,” jelasnya.
Beliau juga mengharapkan agar rakyat Sarawak bersama-sama menunjukan semangat patriotisme dan kesetiaan kepada negara Malaysia. – Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vk3scz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment