Surat Cerai Dedah Joy Revfa Isteri Orang Masa Kahwin Hafiz – Mstar
KEMELUT keretakan rumah tangga pasangan penyanyi Hafiz Hamidun dan isteri, Joy Revfa terus berpanjangan apabila surat perceraian pengasas produk kecantikan itu dengan bekas suami tersebar.
Menerusi surat yang dipercayai dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla Thailand, tarikh perceraian perkahwinan pertama itu ialah pada 13 Julai lalu.
Ia sekali gus menjelaskan Joy atau Siti Arifah Mohd Amin, 30, masih bergelar isteri orang ketika berkahwin dengan Hafiz pada 1 Mei lalu.
Penyebaran surat itu juga menjelaskan kemelut sebenar masalah rumah tangga pasangan itu.
Joy ketika ditemui berkata, dia terpaksa membuat permohonan itu selepas Hafiz, 33, mula meragui perkahwinan mereka dengan mendakwa ia sebagai tidak sah.
Dalam pada itu, Hafiz menerusi Instagram miliknya pada malam Isnin memberitahu akan memberi kenyataan berhubung isu itu pada hari ini (Selasa).
Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz.
Mereka bertunang dua bulan sebelum itu, pada 23 Mac 2017.
Joy Revfa pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.
Dalam perkembangan berkaitan, Hafiz dijadual akan mengadakan sidang media bersama peguamnya berhubung perkara itu pada petang Selasa.
Sumber: MStar
Sumber Surat Cerai Dedah Joy Revfa Isteri Orang Masa Kahwin Hafiz – Mstar
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wt7hB6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment