Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sheila: Skrip Kena Siap Dulu, Baru Tahu Arah Tuju Drama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sheila: Skrip Kena Siap Dulu, Baru Tahu Arah Tuju Drama

JIKA beberapa hari lepas sutradara terkenal, David Teo ada mengatakan bahawa karya yang baik mampu menaikkan nama pelakon.

Namun kali ini, penerbit drama popular tanah air, Sheila Rusly pula berpendapat skrip yang lengkap mampu memandu arah kepada aspek lain dalam penghasilan sesebuah drama.

Sebelum penghasilan dan penyusunan cerita untuk sesebuah drama dibuat, dia memerlukan skrip yang lengkap terlebih dahulu. Berbeza dengan sesetengah pengarah mahupun produser lain yang mampu menghasilkan drama tanpa skrip lengkap.

“Saya dan Jinggo tak hebat seperti pengarah, produser di luar sana yang boleh menghasilkan drama tanpa skrip penuh.

“Bila nak buat drama, benda paling penting skrip kena siap terlebih dahulu kalau tak lengkap, saya tak boleh nak rancang apa nak buat dengan cerita itu.

“Sebab itu, saya perlu skrip lengkap. Barulah penerbit tahu arah tuju drama serta bajet dan pelakon yang sesuai,” kata Sheila dipetik laporan mStar Online.

Wanita berusia 46 tahun ini turut menyatakan perancangan serta susunan kerja itu melibatkan seluruh produksi JS Pictures Sdn Bhd. Rasanya betullah tu, kalau ada perancangan yang rapi, bukan ke kerja semua pihak lagi teratur dan senang.

“Apabila penulis bagi skrip kepada saya akan lihat dulu dan perbaiki serta mencantikkan apa yang patut.

“Kemudian, suami akan buat semakan kali terakhir sebelum bagi kepada penolong pengarah untuk menyusun jalan cerita dan jadual pelakon.

“Artis pula kena baca skrip sampai habis sebelum datang untuk berbincang tentang watak masing-masing,” ujarnya.

Sekarang, pengacara rancangan popular Ketuk-Ketuk Ramadan itu sedang sibuk dengan pengambaran drama terbaru terbitan syarikatnya. Drama Dekatkan Jarak Kita itu turut dibintangi Ayda Jebat, Syafiq Kyle, Nadia Brian dan Wan Sharmila dan akan bersiaran di kaca televisyen pada 8 November nanti.

Sheila dan Jinggo kini lebih selesa bergandingan bersama di bawah syarikat produksi mereka walaupun kadang-kala bercanggah pendapat. Biasalah tu, kadang-kadang dari percanggahan pendapat tu akan muncul idea yang bernas.

Sebagai pasangan suami isteri, Jinggo dan isterinya harus mengasingkan antara kerja dan juga kehidupan peribadi selain perlu menjadi professional antara satu sama lain.

“Tipulah kalau cakap kami berdua tidak pernah bergaduh. Boleh katakan selalu juga bercanggah pendapat.

“Tapi kena asingkan kerja dan kehidupan peribadi. Kat lokasi penggambara, kami bekerja sebagai rakan kongsi tapi di rumah, saya suami dan dia isteri,” tambahnya. – MYNEWSHUB.CC / Aisyah Karim

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xnxmxM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.