Hi! Welcome Back and Stay Tune! 60% sekolah hadapi masalah KBAT berpunca dari kelemahan guru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

60% sekolah hadapi masalah KBAT berpunca dari kelemahan guru

KUALA LUMPUR - Sebanyak 60% (169) buah sekolah dilaporkan berada di bawah tahap baik dan cemerlang berbanding 40% (113) telah mencapai tahap baik dan cemerlang, hasil pemeriksaan penarafan amalan terbaik Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), lapor Astro Awani. 
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, sebanyak 282 buah sekolah rendah dan menengah telah dinilai oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti mendapati 60% buah sekolah berada di bawah tahap baik berpunca dari penerimaan dan pemahaman guru.
"Hasil penilaian mendapati, masalah ini berpunca daripada penerimaan dan pemahaman guru-guru dan proses ini (penambahbaikan) sedang berlangsung sekarang. Guru-guru sedang dilatih, bukan sahaja melalui Kementerian Pendidikan, malah melalui tenaga pengajar," katanya di persidangan Dewan Rakyat semalam. 
Beliau berkata, para guru yang telah dilatih dan dapat memahami budaya KBAT akan menjadi duta kementerian untuk memaklumkan kepada guru-guru lain serta cara untuk mengaplikasikannya. Bagaimanapun katanya, para guru dari sekolah berkenaan juga sedang dibimbing menerusi ini inisiatif SIP+ dan SISC+.
Sementara itu di media sosial pula lain nadanya apabila ada yang berpendapat bahawa guru-guru pula menjadi mangsa untuk dipersalahkan dalam hal ini. 
"Cikgu pula dipersalahkan. Sebelum perlaksanaan ini, adalah lebih baik dibuat kajian pada tahap pendidikan serta IQ rakyat Malaysia. Esok lusa kalau KBAT tidak dapat memenuhi impian serta aspirasi kementerian, adakah corak pembelajaran di Malaysia akan digubal lagi? Sampai bila anak serta para pendidik hendak dijadikan sebagai bahan ujikaji? 
"Zaman sekarang, bila dikaji semula sistem pembelajaran seperti melatih anak-anak menjawab soalan, bukannya mendidik dan menerapkan didikan kepada mereka. Apakah ini yang kementerian kehendaki? Tak nampak pun keberkesanan KBAT pada anak-anak normal ataupun pada kanak-kanak yang ada masalah austisme, dislexia dan sebagainya," kata Anna Rahman. 
"Nak gubal sistem, tak tanya pakar. Siapa yang pakar dalam mendidik? Guru ye, bukan lecturer atau menteri atau nazir atau siapa-siapa. Yang datang tunjuk pandai tapi habuk apa tak tahu tentang murid. Nak buat apa-apa, kaji dulu, bukan main hentam saja. Kami guru bukan nak kejar KPI, tetapi kemenjadian murid," kata Nik Ila Razali. 
"Saya harap Dato menteri turun ke sekolah dan ajar sendiri macam mana nak aplikasikan KBAT kepada murid-murid. Bukan apa Dato menteri, yang di atas canang macam-macam, nak juga tengtok Dato menteri mengajar bagi contoh terbaik untuk guru-guru akan cara-cara mengaplikasikan KBAT tersebut," kata Khairuddin Kholid. 


"Korang yang gubal, kemudian korang kata guru yang gagal. Nak gubal benda baru, kaji baik-baik. Kan elok murid kita ini kita pandu mereka mengikut kemahiran dan kehendak masing-masing. Murid-murid kita ini tak bersedia menerima KBAT. Kemudian cikgu juga dipersalahkan," kata Muhammad Tarmidzi. 


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hkKktW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.