Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anda diperalatkan: Elok juga Hadi ambil perhatian pada nasihat Zaid ni - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anda diperalatkan: Elok juga Hadi ambil perhatian pada nasihat Zaid ni

Anda diperalatkan dalam saman di UK, Zaid beritahu Hadi

  | November 9, 2017
Bekas menteri itu menasihatkan presiden PAS membatalkan hasratnya menyaman Clare Rewcastle-Brown.
PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim percaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang diperalatkan oleh mereka yang mendakwa sebagai “kawan” dalam samannya terhadap pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown di United Kingdom.
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kemungkinan “kawan” presiden PAS itu akan meningggalkannya selepas pilihan raya umum, yang perlu diadakan menjelang pertengahan tahun 2018.
“Walaupun saya tidak pernah suka Hadi, terutama politiknya, saya kasihan kepadanya,” kata Zaid.
Menurutnya, mereka yang mahu menghancurkan Clare dan bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan mungkin tidak lagi berminat dengan kes itu selepas pilihan raya.
“Saya tidak mahu mereka yang mempergunakan beliau untuk mengabaikannya dan tidak menyelesaikan yuran peguam selepas kes itu selesai, iaitu seawalnya pada akhir 2018,” kata Zaid merujuk kes yang kini dibawa ke mahkamah di London.
Pada 21 April lalu, Hadi memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi London terhadap Clare, berhubung artikel Sarawak Report pada 6 Ogos 2016, yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan PAS sebagai usaha Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak “menarik” kepimpinan parti Islam itu menyokong Barisan Nasional.
Baru-baru ini, Clare dalam tuntutan balas terhadap saman Hadi itu mendakwa beliau dan Ambiga ada bercakap mengenai Najib, 1MDB dan PAS pada Julai 2016. 
“Ambiga memberitahu defendan sumbernya yang dikatakan boleh dipercayai, menganggarkan jumlah yang dibayar itu sekitar RM90 juta,” kata Clare dalam afidavitnya bertarikh 11 Oktober lalu.
Clare dalam pembelaannya turut menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 pegawai PAS dari kumpulan ulama yang didakwa menerima wang daripada dana disyaki 1MDB.
Kos sehingga RM3,300 sejam
Zaid berkata kes saman itu akan berpanjangan dan boleh menelan kos tinggi sehingga RM10 juta.
“Apakah PAS sudah dapat mengumpul £2 juta daripada ahlinya untuk membayar firma peguam Carter-Ruck?” soalnya, merujuk peguam PAS.
Menurutnya, beliau diberitahu firma tersebut antara paling mahal, pada kadar sekitar £600 (RM3,326) sejam.
Zaid, yang kini menganggotai DAP, berkata sekiranya isu sebenar ialah mengenai reputasi Hadi, saman tersebut sepatutnya difailkan di Malaysia, di mana beliau lebih dikenali berbanding di UK.
“Sebab itu, bagi saya, bukan reputasi Hadi yang ‘kawan-kawan’ itu mahu pertahan. Ada perkara lain dalam fikiran mereka.
“Saya berpendapat saman itu difailkan di London demi modal politik untuk memburukkan Clare dan pembangkang. Reputasi Hadi tidak penting bagi golongan ini,” kata Zaid.
Zaid menasihatkan Hadi membatalkan samannya sementara kos guaman masih rendah pada peringkat ini.
“Lagi pun, Clare tidak pernah menuduh Hadi mengambil wang itu, dan Hadi tidak perlu melihatnya sebagai penghinaan terhadap dirinya sekiranya pemimpin lain yang menerima wang itu,” kata Zaid, sambil menambah kes yang berpanjangan akan hanya memudaratkan kesihatan Hadi.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hmEOqM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.