‘Warna Baju Kuning Gelap, Bukan ‘Nude’ – Mira Filzah Jawab Dakwaan Busana ASK Ikut Warna Kulit
Beberapa hari lepas, pelakon Mira Filzah telah dikecam hebat netizen yang menyatakan pembawakan gaya beliau di pentas Anugerah Skrin 2017 ASK 2107) baru-baru ini tidak mengikut syariat Islam. Ada yang beranggapan busananya itu boleh mengundang fitnah menerusi pemilihan warna baju yang mengikut warna kulit yang dikatakan tidak sesuai digayakan oleh gadis bertudung.
Berikutan isu ini, aktres Cinta Si Wedding Planner itu tampil mempertahankan dirinya kepada Harian Metro.
Jelas Mira kepada portal tersebut, pakaian hasil sentuhan Syamil Fazwan itu masih lagi mendukung ciri-ciri yang sesuai digayakan gadis berhijab sepertinya. Beliau mempertahankan dirinya dengan menjelaskan bahawa warna sebenar baju itu adalah kuning gelap dan bukannya warna ‘nude’ seperti didakwa.
Saya ingin menjelaskan warna sebenar baju itu adalah kuning gelap dan tidak mengikut langsung warna kulit saya seperti didakwa.
Malah, baju itu juga saya gayakan dengan palazo dan tudung pun masih dipakai labuh menutup bahagian dada.
Walau bagaimanapun, Mira berkata dia mengambil kecaman netizen sebagai kritikan membina untuk lebih berhati-hati dalam pemilihan warna rekaan pakaiannya di masa hadapan.
Saya tetap menerima komen segelintir netizen yang tidak mengecam tetapi berkongsi pendapat peribadi mereka yang boleh saya guna pakai pada masa depan.
Saya juga akan berusaha memperbaiki kelemahan itu dan pada masa sama akan lebih berhati-hati.
Sebelum ini, artis seperti Neelofa dan Janna Nick pernah dikecam netizen kerana membawa fesyen yang sama.
sumber
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iGC4kH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment