Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Saya Tidak Mahu Bercerita Banyak, Takut Tak Jadi Nanti Malu," Reaksi Remy Ishak Bila Ditanya Tarikh kahwin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Saya Tidak Mahu Bercerita Banyak, Takut Tak Jadi Nanti Malu," Reaksi Remy Ishak Bila Ditanya Tarikh kahwin


Pelakon Cinta Jangan Pergi, Remy Ishak dikatakan belum membuat sebarang persiapan perkahwinan dengan tunangannya iaitu Ezza Yusof.

Jelasnya, dia juga belum mempunyai rancangan untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

"Belum ada perancangan untuk berkahwin tahun hadapan, memang setahun biasanya bertunang, tapi kalau belum cukup bersedia boleh tambah lagi masa.

"Bertunang ini adalah tempoh untuk kita mengenali satu sama lain dengan lebih dekat," katanya.

Remy mengikat tali pertunangan pada Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup di kediaman wanita itu.

Dia turut mengakui berasa kurang selesa untuk berkongsi tentang hubungan tersebut kepada umum.


"Saya tidak mahu bercerita banyak sebab kami belum lagi ke fasa seterusnya, jika tidak jadi nanti malu.

"Lagi pula tempoh pertunangan itu banyak cabarannya, namun biarlah ia menjadi rahsia kami," tambahnya.

Dia yang berjaya merangkul anugerah Pelakon Pembantu Lelaki (Drama) Terbaik menerusi drama Pesan Dari Tuhan di Anugerah Skrin 2017 (ASK2017) Jumaat lalu mengakui belum bersedia menerima watak antagonis.


Menurutnya, dia berasa masih belum layak dan cukup ilmu untuk membawakan watak berkenaan.

"Pesan Dari Tuhan merupakan drama pertama saya membawakan watak antagonis itu pun selepas bergaduh dengan pengarah Erma Fatima.

"Saya terima pada awalnya bukan watak antagonis tapi kemudian Erma tukar watak saya menjadi watak antagonis. Kami ada bergaduh tentang watak dan kemarahan saya dalam drama itu sebenarnya ditujukan kepada Erma," tambahnya.

Sumber -mStar



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zIMLya

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.