Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pandu Laju Dan Tak Sempat Brek, Pemandu Nissan GTR35 Nyarus Maut Rempuh 4 Buah Kereta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pandu Laju Dan Tak Sempat Brek, Pemandu Nissan GTR35 Nyarus Maut Rempuh 4 Buah Kereta


Seorang pelancong asing warga Singapura terselamat daripada maut dalam kejadian kemalangan sebuah kereta Nissan GTR35 yang dipandunya terbabas dan merempuh empat kereta lain di Jalan Jaya Putra 1 di Setia Indah, Johor Bahru.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 3.15 pagi Selasa lalu, mangsa seorang lelaki yang berusia 44 tahun hanya mengalami luka ringan pada bahagian tangan.

Menurut kenyataan yang diberikan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, kemalangan tersebut berlaku dipercayai berpunca daripada tindakan pemandu Nissan GTR35 itu yang memandu laju ketika melalui jalan raya tersebut.

"Sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaannya dan tidak sempat membrek lalu terbabas merempuh empat lagi kereta yang diletakkan di kawasan parkir laluan terbabit.

"Empat kenderaan yang lain ialah dua Perodua Viva, dan masing-masing sebuah Ford Mondoe serta Proton Waja," katanya lagi.

Tambahnya lagi, kejadian tersebut disiasat dibawah Syeksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.




Sumber : Kosmo Online

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AvyjGI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.