Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kes Cabul, Samun: Penerbit TV Mengaku Tidak Bersalah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kes Cabul, Samun: Penerbit TV Mengaku Tidak Bersalah

Bekas penerbit sambilan sebuah rancangan stesen televisyen (TV) swasta mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan di Shah Alam semalam atas tiga pertuduhan mencabul seorang wanita dan melakukan jenayah samun pada Ogos dan Oktober lalu.

Memetik laporan Kosmo!, tertuduh iaitu Mohammad Ferdaus Mashud, 39, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret P. Sarulatha dan Hakim Mohd. Sabri Ismail.

Di Mahkamah Majistret, tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah kepada mang­sa yang berusia 44 tahun dengan mencabul kehormatannya di sebuah surau di Seksyen U8 di sini pukul 1.40 petang, 6 Oktober lalu.

Bagi kesalahan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Anis Suraya Ahmad tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh dan mahkamah menetapkan 12 Disember depan untuk sebutan semula kes.

The post Kes Cabul, Samun: Penerbit TV Mengaku Tidak Bersalah appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zv8DKa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.